Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bixby Tidak Akan Menyokong Fungsi Kawalan Suara Apabila Dilancarkan Bersama Galaxy S8 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bixby Tidak Akan Menyokong Fungsi Kawalan Suara Apabila Dilancarkan Bersama Galaxy S8

Bixby ialah jawapan Samsung kepada Siri, Alexa dan Google Assistant. Pembantu maya kecerdasan buatan ini mempunyai kemampuan yang sama seperti tiga pembantu maya yang kami senaraikan tadi. Ia adalah fungsi baru yang menjadi tumpuan pengguna yang mahu memiliki Samsung Galaxy S8.

Bixby

Walaubagaimanapun kini timbul laporan bahawa Bixby tidak akan menyokong komponen kawalan suara apabila ia dilancarkan bersama Galaxy S8 pada 21 April ini di Amerika Syarikat. Sebaliknya ia hanya akan tiba pada penghujung musim bunga kelak tanpa tarikh muktamad. Hanya fungsi Vision (yang mengenali objek dari gambar diambil), Home (paparan kad seperti Google Now) dan Reminder akan disokong Bixby pada hari pertama.

Tidak diketahui sama ada ketiadaan sokongan suara ini hanya melibatkan Bixby untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Buat masa ini Bixby juga hanya menyokong Bahasa Inggeris dan Korea. Sokongan ke bahasa lain seperti Jerman akan hadir pada suku ke-tiga 2017 lelak. Di Malaysia Samsung Galaxy S8 akan mula dijual 5 Mei hadapan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p4cZ8F

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.