Microsoft Mungkin Berkongsi Mengenai Windows 10 Cloud Dan Surface 5 Pada Bulan Mei
Microsoft pada minggu ini telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 Creators Update kepada semua pengguna Windows 10 secara berperingkat, menyertakan sejumlah fungsi baru termasuk Paint 3D, sokongan realiti-maya, dan sebagainya. Bergerak ke hadapan, semestinya ramai yang tertanya-tanya mengenai apakah seterusnya untuk sistem operasi popular dunia berkenaan.
Terkini, ia dilaporkan oleh ZDnet, dimana Microsoft akan menjadualkan sebuah acara khusus pada awal Mei 2017 kelak, dimana mereka dijangka berkongsi mengenai Windows Cloud. Beberapa info awal mengenai Windows Cloud telah kedengaran sebelum ini, dimana ia dilihat sebagai versi ringan untuk Windows 10 dan memfokuskan kepada pemasangan aplikasi melalui Windows Store sahaja – lebih kurang seperti Windows RT sebelum ini. Versi sistem operasi ini dijangka akan memudahkan lagi untuk Microsoft bersaing dengan komputer riba Chromebook yang semakin popular dari hari ke hari.
Disamping itu, terdapat kemungkinan juga kita mungkin melihat pelancaran Surface Pro 5 pada acara yang sama – dimana ia dilihat akan menawarkan kemaskini kecil memfokuskan spesifikasi dan mengekalkan penawaran lain lebih kurang sama seperti sebelum ini.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pqdYw6✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment