Pulau Pinang Adalah Lokasi Yang Baik Untuk Memulakan Syarikat Dan Idea Berkaitan IoT
IoT atau peranti-berhubung kini telah menjadi salah satu fokus ramai dalam arena teknologi – bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Dalam arena tempatan sendiri, sejumlah syarikat turut memfokuskan kepada arena peranti-berhubung ini.
Menyentuh mengenainya pada acara Echelon 2017, Norhizam Kadir dari MDEC mengatakan Pulau Pinang adalah lokasi yang tepat untuk memulakan idea atau syarikat berkaitan dengan peranti berhubung ini. Ramai jurutera berkemahiran dalam arena ini ada di Pulau Pinang, selain fasiliti untuk membantu pengeluaran. Malah, ia turut dikatakan kos pengeluaran di Pulau Pinang untuk hardware berkaitan IoT ini dikatakan hampir menyerupai untuk pembelian dari China.
Di Pulau Pinang sendiri, sejumlah syarikat sedia membangunkan produk dan perkhidmatan berkaitan dengan IoT (peranti-berhubung) ini. Dengan perkembangan sihat dalam arena ini, tidak mustahil untuk kita melihat lebih banyak syarikat IoT yang hadir dari Pulau Pinang dalam bulan-bulan atau tahun-tahun akan datang.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nCNZW3✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment