Hi! Welcome Back and Stay Tune! ZOTAC GTX 1080 Ti PGF – Kad Grafik Berkuasa Tinggi Dengan Lampu Berseri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ZOTAC GTX 1080 Ti PGF – Kad Grafik Berkuasa Tinggi Dengan Lampu Berseri

ZOTAC baru sahaja mengumumkan kehadiran kad grafik GTX 1080 Ti Amp! Up dan Amp! Extreme mereka minggu lepas, dan kini, nampaknya syarikat pembuat komponen komputer tersebut baru sahaja mengumumkan siri kad grafik berdasarkan NVIDIA GTX 1080 Ti terbaru mereka – ZOTAC GeForce GTX 1080 Ti PGF.

Kad grafik ini terdiri daripada dua kad, iaitu ZOTAC GTX 1080 Ti PGF dan juga ZOTAC GTX 1080 Ti PGF OC Extreme. Kedua-dua kad ini menggunakan penyejuk dengan tiga kipas, dan juga blok aluminum bersirip yang akan mengambil tempat tiga slot pengembangan di belakang cangkerang komputer.

Kedua-dua kad ini di-overclock dengan kelajuan yang lebih tinggi daripada kad versi Founders Edition, dimana kad grafik GTX 1080 Ti PGF diberi kelajuan asas 1569MHz dengan Boost Clock 1683MHz, manakala kad GTX 1080 Ti PGF OC Extreme pula mempunyai kelajuan asas 1620MHz dengan Boost Clock 1730MHz.

Yang menariknya mengenai kad grafik siri PGF ini, mereka hadir dengan sokongan lampu LED yang menerangi kipas dan juga cangkerang penyejuk. Disamping itu, bakal pembeli juga boleh memilih sama ada mereka mahukan plat belakang kad yang mempunyai lampu LED ataupun tidak. Buat masa ini, ZOTAC masih lagi belum memberitahu sama ada lampu-lampu pada kad grafik ini adalah lampu LED RGB ataupun tidak.

Sayang sekali, walaupun kad grafik ZOTAC GTX 1080 Ti Amp! Up dan Amp! Extreme sudah sampai di pasaran Malaysia, nampaknya kad siri PGF ini hanya akan dijual di negara China buat masa ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pt4jVz

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.