Hi! Welcome Back and Stay Tune! Neymar Digantung Aksi Clasico Bertemu Real - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Neymar Digantung Aksi Clasico Bertemu Real

GAMBAR fail, penyerang Barcelona, Neymar pada perlawanan Liga Sepanyol, pada Mac lalu. – Foto AFP

MADRID: Bintang Brazil dan Barcelona, Neymar tidak akan beraksi dalam pertemuan penting La Liga berdepan Real Madrid pada 23 April ini selepas didenda penggantungan tiga perlawanan, kata persekutuan bola sepak Sepanyol, hari ini.

Penyerang 25 tahun itu dilayangkan kad merah pertama dalam kariernya bersama Barcelona selepas melakukan dua kesalahan kad kuning ketika tewas 2-0 kepada Malaga, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dia mendapat tambahan dua lagi penggantungan perlawanan kerana bertepuk tangan tanda menyindir pegawai perlawanan tatkala keluar padang. Barcelona dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Selain terlepas peluang beraksi dalam perlawanan penting yang mungkin menjadi penentu kejuaraan La Liga di Bernabeu, Neymar juga tidak dapat beraksi di tempat sendiri apabila Barcelona menentang Real Sociedad dan Osasuna.

Madrid kini mendahului Barca dengan tiga mata di tangga teratas liga dan masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan ketika mereka kian menghampiri kejuaraan liga selepas lima tahun.

Neymar dilayangkan kad kuning pada babak pertama perlawanan di La Rosaleda kerana sengaja menangguhkan sepakan percuma Malaga, dengan mengikat tali butnya di depan bola, sebelum menerjah Roberto Rosales 25 minit sebelum permainan tamat untuk kad kuning kedua.

“Saya rasa pengertian kad kuning ini sungguh istimewa,” kata pengurus Barcelona, Luis Enrique selepas perlawanan itu.

“Kita perlu berhati-hati dalam sesetengah perlawanan kerana ada banyak terjahan kasar dari belakang yang tidak langsung dihukum sedangkan mengikat tali kasut pula dianggap serius.”

Ia bukanlah kali pertama sejak beberapa minggu ini Neymar memberi tumpuan khusus terhadap butnya.

Dia pernah menukar kasut ketika permainan sedang berlangsung pada dua perlawanan Barca sebelum ini, ketika berdepan Granada dan Sevilla, menyebabkan Barcelona beraksi dengan 10 pemain untuk seketika.

Neymar mengikat penajaan jangka panjang yang lumayan dengan syarikat Nike, hinggakan ada tanggapan berkata dia sengaja berbuat demikian supaya tindakannya itu mendapat rakaman tambahan di kamera. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p2kmNx

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.