[VIDEO] Warga Emas Ditengking Polis Bantuan Di Masjid
[VIDEO] Warga Emas Ditengking Polis Bantuan Di Masjid | SEBUAH keluarga yang sedang berteduh di dalam masjid mendapat malu besar apabila diherdik dan ditengking seorang lelaki apabila salah seorang daripada ahli keluarga itu tidak memakai tudung.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p6Ne4E
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita OMG™
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Menerusi rakaman sebuah video yang tular di media sosial, sepasang suami isteri warga emas dimarahi seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai polis bantuan.
Video yang dimuat naik, Lisza Laressa di Facebook sejak semalam itu menjelaskan dia dan ibu bapanya ketika itu menumpang berteduh di sebuah masjid di Hospital Kuala Lumpur kerana hujan lebat.
Namun kerana dia tidak bertudung, dia dihalau atas alasan tidak menghormati masjid.
Dia mengakui kesalahannya yang tidak mengenakan tudung, namun Lisza terkilan kerana ibu dan bapanya juga turut terkena tempias kemarahan lelaki itu.
Lelaki tersebut seperti tidak berpuas hati dan cuba ‘menghalau’ mereka sekeluarga keluar daripada masjid walaupun jelas kelihatan ibu Lisza sedang menikmati makanan.
“Ayah akak terus menyampuk dengan berkata ‘lepas isteri saya makan ni, kami sume akan keluar, lagipun hujan lebat dan petir, saya nak berteduh kejap’,” tulisnya.
Jelasnya, tujuan mereka sekeluarga ke hospital bagi melawat adiknya yang ditempatkan di salah sebuah wad akibat kemalangan.
Perkara yang dikesalkan Lisza adalah tindakan lelaki tersebut yang memarahi ibu bapanya dan dianggap sebagai kasar untuk menegur.
Menurutnya, mereka sekeluarga berlalu pergi dalam keadaan hujan lebat selepas dibantu orang ramai yang meleraikan ‘pertelingkahan’ itu.
Video yang telah menerima lebih 861,000 tontonan itu turut menerima lebih 2,500 komen, dengan rata-rata netizen cukup marah dengan tindakan lelaki muda itu.
Kata mereka, niat mahu menegur bukan lesen untuk berkelakuan kurang ajar, apatah lagi membabitkan warga emas.
Jika benar si lelaki muda itu benar-benar mahu mempertahankan kehormatan masjid sampaikan tidak membenarkan wanita tidak bertudung menumpang teduh, dia sepatutnya terlebih dahulu mengamalkan konsep hormat-menghormati sesama manusia, yang merupakan asas dalam ajaran Islam.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p6Ne4E
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita OMG™
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment