Hi! Welcome Back and Stay Tune! Balasan rogol gadis oku sampai mengandung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Balasan rogol gadis oku sampai mengandung

Balasan rogol gadis oku sampai mengandung|Kota Bharu: Tindakan terkutuk seorang mekanik merogol seorang gadis lembam yang dalam perjalanan pulang selepas mengaji membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohamad Faizal Adlan Husin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 November 2016.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Faizal didakwa merogol mangsa berusia 23 tahun di dalam bengkel motosikal di Kampung Permatang Pasir, Bachok pada jam 8.30 malam, Julai 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(k) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sebelum kejadian mangsa berjalan pulang ke rumahnya selepas selesai belajar mengaji al-Quran di rumah ibu saudaranya di kampung sama.

Apabila tiba di hadapan sebuah bengkel motosikal, seorang lelaki yang dikenali sebagai Pok Su (tertuduh) menarik mangsa dengan kasar dan menutup mulutnya dengan kain tudung mangsa serta mengangkatnya masuk ke kedai sebelum merogolnya.

Tertuduh kemudian mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kepada sesiapa sebelum wanita itu pulang ke rumah tanpa memaklumkan kejadian itu kepada keluarganya.

Pada 18 November 2016 mangsa dibawa keluarganya ke sebuah klinik untuk pemeriksaan kerana perutnya sakit dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengandung.

Siasatan yang dijalankan, mangsa menyatakan Pok Su merogolnya.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azlinawati Mohd Arshad memohon hukuman setimpal kerana mangsa dalam kejadian ini seorang orang kurang upaya (OKU).

“Kerana kekurangan mangsa, tertuduh mengambil kesempatan terhadapnya mengakibatkan mangsa masih trauma dengan kejadian itu,” katanya.

The post Balasan rogol gadis oku sampai mengandung appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRxTcp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.