Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bawa 2 Isteri Ke ABPBH, Ashraf Muslim Jadi Tumpuan Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bawa 2 Isteri Ke ABPBH, Ashraf Muslim Jadi Tumpuan Ramai


KELIBAT pelakon Ashraf Muslim yang membawa bersama kedua-dua isterinya dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0) semalam menarik perhatian semua pihak.

Menurut aktor itu, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa ‘gigih’ mengusung kedua-dua isterinya, Noor Diyana dan Wan Sakinah ke majlis penuh glamor itu.

“Sebelum ini saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama. Diyana dan Sakinah adalah kekuatan dan penyokong utama saya.

“Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri. Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya,” ujarnya memetik BH Online.

Dalam majlis bertemakan Futuristik itu, Ashraf tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular yang mana anugerah itu menjadi milik Fattah Amin yang turut bergelar Bintang Paling Popular. 

Sumber: MYNEWSHUB


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qlTJ4p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.