Faizal Hussein dedah digilai peminat wanita sampai pernah kena cium!
Mula dikenali menerusi watak Azroy yang dilakonkan dalam filem Gila-Gila Remaja (1986), pelakon Faizal Hussein mengakui pernah melalui satu era di mana dia menjadi sanjungan peminat sehingga apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian mereka.
Malah gaya ‘rambut ekor’ yang menjadi trademarknya ketika itu juga menjadi ikutan peminat baik lelaki mahupun perempuan.
“Dulu peminat susah nak jumpa artis, jadi bila sesekali dapat berjumpa keterujaan mereka kadang-kala berada di luar kawalan.
“Pernah suatu ketika saya membuat persembahan di Sarawak, ada peminat wanita yang datang serbu di belakang pentas sambil memeluk dan mencium saya ketika mahu bergambar.
“Tindakan itu sangat mengejutkan, tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ia terlalu pantas berlaku,” imbasnya.
Selain itu kata Faizal, dia turut menerima pelbagai hadiah daripada peminat yang dihantar menggunakan alamat rumahnya sehingga kadang-kadang dia tidak sempat untuk membuat hadiah tersebut kerana terlalu banyak.
“Zaman dulu alamat rumah kebanyakan artis disiarkan di majalah, jadi senanglah peminat untuk hantar surat, hadiah dan sebagainya secara terus kepada kami.
“Bagaimana ketika itu tiada isu tentang keselamatan bila kita mendedahkan alamat rumah kerana situasi industri ketika itu tidaklah besar macam sekarang,” ujar Faizal.
Menurut Faizal lagi, dia tidak mempunyai formula tertentu untuk kekal berada di dalam industri. sehingga hari ini. Namun apa yang menjadi amalannya adalah dengan memberikan yang terbaik dalam apa pun kerja yang dilakukan.
“Dulu peluang tidak banyak sebagaimana yang ada pada hari ini di mana bukan senang untuk seseorang pelakon itu mendapat tawaran berlakon dalam satu-satu jangkamasa.
“Bila selesai satu-satu penggambaran yang kita buat, entah bila pula tawaran baru akan dapat dapat dan itulah yang membuatkan pelakon-pelakon dulu sangat menghargai setiap tawaran berlakon yang mereka peroleh.
“Masing-masing bekerja dengan sehabis baik dan tidak pernah ada cerita pelakon meninggalkan lokasi meski apapun masalah yang berlaku,” ujarnya yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filem di Anugerah Skrin (2012).
Jika rakan-rakan pelakon seangkatannya kini lebih banyak diberikan watak sebagai bapa dan karekter yang lebih ringan, Faizal pula sebaliknya apabila dia masih lagi mendapat watak berkarakter termasuk watak-watak aksi yang begitu sinonim dengan dirinya.
“Alhamdulillah, kepercayaan orang terhadap kebolehan saya masih lagi sama macam dulu walaupun saya kini sudah berusia 50 tahun dan saya anggap itu sebagai pencapaian peribadi buat diri sendiri.
“Saya gembira kerana sehingga kini orang tidak pernah merendah-rendahkan saya termasuklah dari segi bayaran di mana mereka realistik dengan cara kerja yang saya lakukan,” akui bapa kepada Fazryn, 12 dan Fazrick, 9.
Sumber: Media hiburan
Sumber Faizal Hussein dedah digilai peminat wanita sampai pernah kena cium!
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyYgU9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment