Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Dihina Perempuan Yang Naik Banyak Jerawat Kerana Kita Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Dihina Perempuan Yang Naik Banyak Jerawat Kerana Kita Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui

Pasti ramai orang terutamanya lelaki tidak tahu, kenapa perempuan begitu mudah naik jerawat, kadang ada yang sampai ke tahap menghina wajah perempuan yang naik begitu banyak jerawat.

Jangan Dihina Perempuan Yang Naik Banyak Jerawat Kerana Kita Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui

Jangan Dihina Perempuan Yang Naik Banyak Jerawat Kerana Kita Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui

Ramai tidak tahu, tubuh badan wanita itu sebenarnya kompleks, mungkin sebab hormon, dan ada juga sebab produk kesihatan tidak semua, bahkan ada yang naik sebab salah makan.

Jadi, jom baca cerita yang dikongsikan oleh Sabrina Shuhaimi ini.

JANGAN HINA ORANG MUKA BERJERAWAT!

Ada baca kisah viral adik yang salah produk & dari flawless terus breakout? Breakout yang bukan calang-calang siap dengan pakej nanah!

Hina bukan hanya keluar dari mulut, tapi dari pandangan. Hanya kami yang pernah rasa tahu. Pandang jerawat kita tu dengan penuh jijik. 😔

Pernah kawan saya yang turut ada masalah jerawat cerita kawan pejabat sampai tegur “Eee akak GELI lah tengok muka kau..seriau tengok nanah tu..” Nasib kawan saya jenis telinga tebal. Kalau saya pasti dah menangis dalam toilet! 😭

Nak tahu apa sudahnya? Dengar cerita tak lama lepas tu muka kakak tu naik ruam2 kecik. KARMA!

Ada orang muka dari baby sampai tua tak ada jerawat naik. Kulit halus mulus tak pakai apa.

Ada orang muka dari baby halus mulus sampai remaja berubah disebabkan hormon.

Ada orang kejap flawless kejap singgah pula jerawat tu. Kenapa perlu perkecilkan orang lain??

Masa Allah uji saya selama 3 bulan naik jerawat teruk, baru saya faham apa rasa ada masalah kulit.

Kawan2 bahan tak sudah. Trust me, saya avoid jumpa kawan dan tak attend sebarang majlis kahwin.

Sebab?

Soalan wajib :

“Wehh, kenapa dengan muka kau! Dulu okay je kan??”

Pernah seorang officemate ni, kerja dia hari-hari tegur keadaan muka saya.

“Sab, kau pakai lah QU PUTEH teruk sangat muka kau ni!”

“Ish, kau ni makan macam-macam patut lah muka teruk.” (Masa ni saya tgh makan nasi lemak. Berjujuran air mata masa makan. Punya sedih)


“Sab, kau ada baca tak paper pasal sorg artis dia fobia dengan jerawat? Kau tak fobia ke?”


“Kau ni tak basuh muka ke apa Sab?”

Dan semua dialog dihamburkan depan orang ramai & suara yang kuat! Kalau anda ditempat saya waktu itu, apa rasa anda? Sakitnya lebih perit dari kena tinggal boyfriend!

Tapi saya puji self esteem adik tu. Dia tunjukkan satu Malaysia keadaan skin sebenar dia. Berbeza dengan saya, hanya berani release keadaan kulit saya masa kulit sudah pulih sepenuhnya. I salute you!

Kalau harini muka anda flawless mulus, jangan hina yang ada masalah kulit. Awak tak tahu pada bila masa & ketika Allah tarik nikmat-Nya. Saya sudah lalui. Dari seorang kaki selfie, saya jadi benci pada kemera! Kalau ambil pun jarak jauh & mesti filter.

Balik rumah masuk bilik terus pandang telek muka depan cermin. Tengok muka down, sedih terus tidur. Berjam2 masa habis picit jerawat! Saya stop workout, bisness saya slow. Saya malu sangat nak jumpa orang!

Nasihat saya :-

  • Amalkan makanan sihat
  • Jauhi kekacang
  • Ayam/ Ikan yang disuntik hormon (contoh: Ikan Keli)
  • Berhenti guna sebarang foundation/ compact powder (tak ada masalah untuk guna lipstik/ makeup mata/ browliner
  • Wajib pakai sunblock
  • Ambil vitamins yang bersesuaian
  • Rawatan Ais – sapu muka dengan ais setiap pagi & malam, lebihkan ais pada kawasan jerawat!
  • Pastikan skincare anda bebas merkuri
  • Tukar sarung bantal/ cadar dengan kerap

Tahan tangan dari gatal picit..please

  • BERHENTI hina orang ada jerawat
  • BERHANTI hina orang badan besar
  • BERHENTI hina orang kulit gelap

Tolong berhenti patahkan semangat & downkan orang lain sebab awak tak tahu bila masa awak akan tiba.

Bagi yang tengah struggle dengan masalah kulit, percaya saya ia akan selesai. Sooner or letter. Cepat atau lambat. Yang pasti, KUAT & SABAR!

Yang Ikhlas,

Kakak yang pernah mukanya breakout.

Via: SK



Sumber Jangan Dihina Perempuan Yang Naik Banyak Jerawat Kerana Kita Tak Tahu Apa Yang Mereka Lalui

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6tQIK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.