Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami beri David Teo tiga hari untuk minta maaf - GMPN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami beri David Teo tiga hari untuk minta maaf - GMPN

PETALING JAYA: Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) hari ini menuntut penerbit filem Datuk David Teo memohon maaf atas tingkah laku yang didakwa mereka sebagai "kurang ajar" terhadap perdana menteri ketika program Dialog TN50 bersama penggiat seni di Seri Perdana, Putrajaya semalam.

GMPN juga menggesa Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth MIG itu jika beliau menolak tuntutan mereka.

Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria berkata pihaknya memberi masa tiga hari kepada David Teo untuk berbuat demikian.

“Satu tindakan perlu diambil kepada David Teo ini bagi pengajaran kepada semua orang, tidak kira lapisan dan bangsa.

“Jangan biadap terhadap perdana menteri terutama sekali dalam majlis rasmi. Maruah perdana menteri harus dijaga. Beliau pemimpin kita.”

Razali berkata demikian selepas menghantar memorandum bantahan kepada David Teo di pejabatnya di Petaling Jaya. Bagaimanapun, David Teo tiada di pejabat ketika penyerahan dibuat.

Beberapa anggota dan pegawai polis turut berada di kawasan pejabat Metrowealth bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada Rabu malam, berlaku kekecohan pada program TN50 apabila David Teo ditampar Mat Over dipercayai kerana bersikap ‘kurang ajar’ di hadapan Datuk Seri Najib.

Kejadian berlaku ketika David cuba bertanyakan soalan pada sesi program dialog tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qAKldy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.