Lelaki mengamuk tikam bapa sendiri kerana syaki ada hubungan sulit dengan isterinya
MARAH kerana mengesyaki bapanya mempunyai hubungan intim dengan isterinya, seorang lelaki menikam ayahnya sehingga maut di Kampung Sungai Gading Wakuba, dekat Tawau, hari ini.
Mangsa, Ali Nordin, 56, disahkan meninggal dunia di ruang tamu rumah berkenaan, dalam kejadian kira-kira 3 pagi.
Menurut sumber-sumber, ketika kejadian mangsa dikatakan mengunjungi rumah anaknya yang kemudian berlakunya pertengkaran antara suspek dengan mangsa.
“Selepas itu, tercetus pergaduhan antara mereka sebelum suspek dikatakan menikam bapanya menggunakan senjata tajam.
“Suspek kemudian keluar dari rumah itu dan menikam pula dirinya sendiri di bahagian perut,” katanya di sini, hari ini.
Sumber berkata, suspek yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Tawau untuk rawatan manakala bapanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Polis turut menemui satu pisau dan parang yang dipercayai digunakan suspek.
“Kejadian dipercayai berikutan suspek mengesyaki bapanya (mangsa) mempunyai hubungan intim dengan isterinya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan.
“Suspek berusia 27 tahun kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Tawau kerana mengalami pendarahan teruk pada bahagian perut.
“Siasatan masih dijalankan dan suspek disyaki dibawah pengaruh dadah ketika kejadian,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Lelaki mengamuk tikam bapa sendiri kerana syaki ada hubungan sulit dengan isterinya
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ritZZX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment