Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lyft Dan Waymo Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Kereta Autonomi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lyft Dan Waymo Bekerjasama Untuk Membangunkan Teknologi Kereta Autonomi

Teknologi kereta autonomi, ataupun kereta pandu sendiri nampaknya sedia berkembang dengan lebih pesat lagi, kerana syarikat rangkaian pengangkutan dari San Francisco, Lyft baru sahaja mengumumkan kerjasama bersama-sama syarikat teknologi pengangkutan autonomi Waymo untuk membangunkan teknologi kereta autonomi.

Menurut jurucakap Lyft, kerjasama bersama Waymo ini penting untuk merealisasikan matlamat Lyft untuk menaiktarafkan servis pengangkutan mereka dengan kenderaan autonomi pada 2021.

Idea untuk membina angkatan kenderaan yang memandu dengan diri sendiri ini bukanlah sesuatu yang baru buat Lyft. Pada tahun 2015, General Motors telah menyumbang $500,000 (RM2.16 juta) kepada Lyft untuk memulakan R&D, dan percakapan tentang kerjasama diantara Lyft dan Waymo ini telahpun bermula dari tahun lepas.

Buat masa sekarang, kedua-dua syarikat ini masih lagi belum memberi sebarang butiran mengenai apa yang mereka akan lakukan bersama, tetapi ia pastinya berkaitan mengenai perisian autonomi yang akan digunakan dalam kereta-kereta autonomi tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qndw3t

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.