Hi! Welcome Back and Stay Tune! MCA utamakan kerja dahulu sebelum cakap soal kemenangan PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MCA utamakan kerja dahulu sebelum cakap soal kemenangan PRU14

JOHOR BAHRU: MCA mengambil pendekatan realistik dengan mengutamakan buat kerja dahulu sebelum bercakap soal kemenangan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sehubungan itu Timbalan Presidennya Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata parti tidak akan tergesa-gesa dalam memilih calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum akan datang.

"Jadi, kita akan buat keputusan muktamad apabila sampai waktunya, tidak payah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvokesyen ke-26 Kolej Universiti Selatan ke-26 di sini, hari ini.

"Saya tidak seperti pembangkang... kata nak menakluk Johor dan macam-macam. Kita buat secara realisitik dan kerja dahulu, sebelum bercakap tentang kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas persiapan jentera MCA Johor termasuk muka-muka baharu yang akan diperkenalkan sebagai calon menjelang PRU14 kelak.

Wee yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor telah bermesyuarat semalam bagi membincangkan pelbagai langkah dan strategi berkesan dalam menghadapi PRU14 di semua peringkat.

"Dalam mesyuarat itu, kita telah memberi arahan supaya menjelang 30 Jun ini, semua bilik gerakan akan dibuka. Ini bagi menyusun persediaan, latihan di semua peringkat," katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rbAgG9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.