KEJAM. Sihir Suami Sendiri Sampai Mati, Puncanya Isteri Kedua Ini Sangat MENGEJUTKAN !!!
KEJAM. Sihir Suami Sendiri Sampai Mati, Puncanya Isteri Kedua Ini Sangat MENGEJUTKAN !!! | Cerita saya ini sangat panjang tetapi saya harap pembaca sudi baca kisah yang saya ingin kongsikan ini. Kisah yang kita semua perlu beri lebih perhatian sama ada di pihak suami ataupun isteri. Sebab walau siapa pun kita, bahaya itu ada di mana-mana. Bahaya yang tidak nampak dengan mata kasar.
Kisahnya begini. Seminggu dua ini saya sibuk menguruskan ibu saya yang menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai kayap. Rawatan hospital dapat menyembuhkan penyakit itu dari segi luaran. Namun dalaman tetap sakit sehingga jika ada sesiapa yang menggoreng ikan di dapur, ibu akan berguling-guling kesakitan walaupun kayap hanya tinggal parut sahaja.
Disebabkan keadaan ibu seperti itu, kami adik-beradik bersepakat membawa ibu berjumpa dengan seorang ustaz yang mahir dalam perubatan alternatif. Dari info yang kami perolehi, sangat sukar untuk membuat janji temu dengan ustaz berkenaan kerana bilangan pesakitnya yang ramai setiap hari.
Dipendekkan cerita, akhirnya kami berjaya membuat temujanji dengan beliau. Kami sampai sekitar jam 8.30 malam tetapi kami hanya mendapat giliran sekitar jam 12 tengah malam. Dalam tempoh menunggu itu, kami melihat pelbagai jenis penyakit yang berusaha dibantu oleh ustaz tersebut kerana rawatan dilakukan betul-betul di ruang tamu rumah.
*Rawatan-rawatan tersebut dilakukan secara percuma. Jika mahu sedekah sekadar seikhlas hati.
Selepas ibu saya mendapat rawatan, ustaz meminta kami membawa ibu berjumpa dengan beliau beberapa kali kerana terdapat beberapa prosedur rawatan yang perlu dijalankan. Demi kesihatan ibu, kami sanggup datang berkali-kali dan menunggu dalam tempoh yang lama sebelum tiba giliran kami.
Kalau diikutkan hati, memang rasa penat menunggu. Namun, rupa-rupanya di sebalik penat itu ada sesuatu yang Allah mahu tunjukkan kepada kami semua.
Kepada pembaca yang dikasihi, bayangkan dalam beberapa hari kami tercongok di situ menanti giliran ibu, kami lihat terlalu banyak kes-kes kesakitan yang melibatkan sihir dan yang paling banyak sihir untuk meruntuhkan rumah tangga orang berbanding sihir-sihir lain seperti sihir perniagaan dan sebagainya.
Sepanjang beberapa hari berada di rumah ustaz berkenaan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri bahawa terlalu ramai manusia tamak dan jahat sekarang ini. Memang menitik air mata saya menyaksikan kesakitan-kesakitan tersebut.
Ada suami yang sudah terkena nasi kangkang di negara jiran. Kesan nasi kangkang tersebut dibawa balik ke rumah dan terkena pada anak isteri di rumah. Badan anak-anak yang masih kecil habis gatal-gatal dan berdarah-darah kerana digaru tanpa henti. Si isteri pula kurus kering, badan macam lidi. Tetapi apabila mengamuk, habis 4 orang lelaki sasa rebah dengan sekali tepis sahaja.
Kata ustaz, perempuan negara jiran yang bagi makan nasi kangkang itu sangat terdesak mahukan si suami yang nampaknya ‘berada’. Maka sihir yang dikirim melalui si suami bertujuan untuk memusnahkan keluarga itu agar dia dapat memiliki lelaki berkenaan. Mujur si suami cepat tersedar dan berusaha mengubati kembali isteri dan anak-anak mereka.
Saya juga ada melihat seorang wanita yang gayanya sangat sukses dalam kerjaya. Beliau datang ditemani suami dan keluarganya yang lain. Si suami nampaknya sangat tenang. Tetapi si isteri seolah-olah menahan kesakitan yang amat sakit.
Apabila melihat sesi rawatan, barulah kami faham. Wanita dari seberang juga yang cuba untuk merampas si suami, namun si suami tidak layan. Maka dihantar sihir untuk memusnahkan si isteri yang tidak berdosa.
Pada suatu hari yang lain, seorang lelaki lumpuh dan kelihatan sangat uzur dipapah masuk ke rumah ustaz. Menurut info yang saya dengar, lelaki itu telah ditolak oleh pihak perubatan kerana gagal menemui sebarang penyakit padanya. Jadi,ahli keluarga bersepakat membawa beliau bertemu dengan ustaz.
Selepas beberap hari merawatnya, ustaz katakan kesakitan lelaki berkenaan kerana ‘dikawal’. Namun ustaz gagal menemui di mana tempat yang dikawal tersebut.
Selepas beberapa kali percubaan dengan dibantu oleh beberapa orang ustaz yang lain, maka mereka menemui jawapan. ‘Kawalan jahat’ itu berada pada tubuh isteri pesakit yang kelihatan segar bugar. Sasaran sebenar adalah suami tetapi sihir jahat itu dihantar kepada isteri.
Dalam keadaan sedar tak sedar, isteri sendiri yang meracuni suami setiap hari. Akhirnya mereka dapat mengenalpasti bahawa sihir itu dihantar oleh sahabat baik si isteri yang cemburu melihat kebahagian keluarga mereka.
Banyak lagi situasi yang saya saksikan sendiri. Ada juga sihir yang dihantar oleh seorang wanita yang mempunyai suami kepada wanita A kerana berminat dengan suami wanita A berkenaan. Akibatnya, wanita A terlolong-lolong seperti dirasuk, benci suami, jadi separuh gila dan sebagainya.
Ada juga satu kes yang melibatkan pelajar perempuan berusia 15 tahun yang sangat cantik dan digilai lelaki warga asing berusia 18 tahun. Akibatnya gadis berkenaan menjadi separuh gila. Meracau, menyanyi, bercakap seorang diri, memaki hamun sesuka hati dan sebagainya.
Kata si ibu, anak gadisnya yang pemalu itu berubah sikap setelah menerima beberapa pesanan WhatsApp yang sangat pelik ayat-ayatnya.
Yang paling menyedihkan, seorang pegawai polis yang beristeri dua. Isteri pertama warga tempatan dan isteri kedua warga asing. Apabila berlaku pertelingkahan, masing-masing tidak mahu mengalah.
Kata wanita seberang itu, “Jika aku tidak dapat, maka kamu juga tidak akan dapat.”
Lalu kaedah santau digunakan kepada suami sendiri sehingga pegawai polis berkenaan muntah darah, kaca dan sebagainya. Beberapa hari kemudian,anggota polis berkenaan meninggal dunia.
Banyak lagi cerita yang saya dapat sepanjang 2 minggu berulang alik ke rumah ustaz. Tetapi cukuplah setakat ini yang saya dapat kongsikan.
Cuma pesanan ustaz kepada para pesakit:
-Berhati-hati bila makan. Jangan makan pemberian orang sesuka hati.
-Jangan bagi harapan kepada wanita atau lelaki lain jika kita sudah berkeluarga. Niat kita mungkin untuk suka-suka tetapi apabila ada pihak yang terluka, mesti mereka akan balas dendam kepada isteri/suami dan anak-anak.
-Perempuan dan kanak-kanak lebih mudah terkena sihir kerana sifat mereka yang lemah. Jadi, suami perlu lebih berhati-hati kerana berfoya-foya di luar sehingga membawa pulang musibah kepada isteri dan anak di rumah sama seperti kes nasi kangkang tadi.
-Ramai perempuan yang terdesak sekarang keranan ingin hidup senang. Di pihak isteri, jangan bawa balik sesiapa yang berpotensi menjadi ‘musuh’ ke rumah. Di pihak suami, jangan dekati ‘virus’di luar. Kerana sihir paling banyak berlaku daripada orang-orang yang kita kenali di sekeliling kita.
Dekatkan diri kita dengan Allah. Jangan tinggal solat dan mesti hafal surah-surah tertentu sebagai pendinding seperti surah Al-Falaq.Jadi sama-samalah kita berdoa smeoga diri kita dan keluarga dilindungi dari dunia hingga ke syurga.
Maaf, coretan ini terlalu panjang. Maaf juga kerana saya tidak bersedia untuk berkongsi informasi tentang ustaz berkenaan kerana tidak mendapat sebarang keizinan beliau.
*negara jiran yang saya nyatakan dalam perkongsian ini melibatkan beberapa negara.
Sekian terima kasih.
Kredit : KRT
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r1zY4e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment