Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis tahan pasangan suami isteri, disyaki dera anak hingga mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis tahan pasangan suami isteri, disyaki dera anak hingga mati

KUALA LUMPUR: Polis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun di Subang Jaya, dekat sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata pasangan yang berusia 33 dan 36 tahun itu merupakan ayah dan ibu kandung kepada mangsa.

"Kira-kira 3 petang Jumaat lepas, pasangan itu telah membawa anak mereka ke sebuah klinik di Subang Jaya untuk pemeriksaan kesihatan, namun mangsa disahkan meninggal dunia tiga minit selepas menerima rawatan di klinik berkenaan.

"Hasil pemeriksaan doktor di klinik itu mendapati terdapat kesan kecederaan seperti lebam di muka, tangan, kaki serta punggung mangsa yang dipercayai akibat didera. Pihak klinik itu telah menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Azlin berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan laporan mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalaman dipercayai ditumbuk dan dipukul dengan rotan di seluruh badan yang dipercayai dilakukan ibu bapanya sendiri.

"Semakan polis mendapati bapa mangsa mempunyai rekod jenayah melibatkan kes memiliki dadah, manakala ibunya pula terlibat dalam kes penipuan dan pecah rumah," katanya.

Beliau berkata pasangan itu direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 2 Jun ini bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLrZcJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.