Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjual sayur warga Indonesia maut dipukul lepas tuntut hutang dengan rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjual sayur warga Indonesia maut dipukul lepas tuntut hutang dengan rakan

PENJUAL sayur warga Indonesia maut dipukul menggunakan objek keras oleh kenalannya ketika menuntut hutang di rumah kenalannya itu di Kampung Tanjung Aru, Labuan, petang semalam.

Penjual sayur warga Indonesia maut dipukul lepas tuntut hutang dengan rakan

Penjual sayur warga Indonesia maut dipukul lepas tuntut hutang dengan rakan

Mayat Yahudin Sahib, 54, ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan lebam di bahagian muka dan berlumuran darah di mulut pada 8.40 malam.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 2 petang selepas jiran suspek terdengar orang bergaduh dan suara mengerang kesakitan.

“Pada jam 8.40 malam itu, jiran itu kemudian melihat melalui tingkap rumahnya dan terkejut apabila seorang lelaki tertiarap dalam keadaan cedera dan tidak sedarkan diri.

 

“Jiran itu kemudian segera menghubungi polis untuk memaklumkan perkara berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Menurutnya, sepasukan polis tiba dan menemui seorang lelaki dalam keadan tertiarap dan disahkan sudah meninggal dunia.

“Hasil siasatan polis berjaya membermas suspek yang bekerja sebagai nelayan turut di lokasi kejadian.

“Punca kejadian dipercayai mangsa sering menuntut hutang dengan suspek sebanyak RM500 lalu berlaku pergaduhan.

“Mangsa dipukul dengan objek keras sehingga kecederaan lebam di bahagian muka dan darah dari bahagian mulut mangsa,” katanya.

Tambah Adzhar, suspek berusia 54 tahun kini diremen untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Metro



Sumber Penjual sayur warga Indonesia maut dipukul lepas tuntut hutang dengan rakan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4cQke

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.