Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak sensitif kepada umat Islam, KDN panggil Ketua Pengarang The Star esok

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memanggil Ketua Pengarang akhbar berbahasa Inggeris, The Star, yang didakwa tidak sensitif kepada umat Islam di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim, berkata pihaknya amat kecewa terhadap tindakan akhbar terbabit yang memaparkan gambar umat Islam sedang menunaikan solat terawih pada malam pertama ramadan dengan  tajuk muka depannya 'Malaysian Terrorist Leader'.

Menurut Datuk Seri Alwi, kdn akan mendapatkan penjelasan ketua pengarang akhbar berkenaan esok berhubung tindakan akhbar terbabit yang mengguris hati umat Islam di negara ini.

“Perkara ini sepatutnya tidak berlaku (lebih-lebih lagi) pada hari pertama masyarakat Islam menunaikan puasa pada bulan Ramadan yang mulia.

“Apa yang mendukacitakan ialah tajuknya berkaitan dengan pengganas, kemudian (terdapat) gambar orang sembahyang terawih dan bawahnya pula ada gambar spa lagi. Takkan ini tidak difahami pihak pengurusan The Star?

“Justeru, KDN akan memanggil ketua pengarangnya esok, dan kita juga akan mendengar apa yangg dikatakan. Sekiranya kita tidak berpuas hati (dengan penjelasan), kita akan keluarkan surat yang sewajarnya kepada pihak pengurusan tersebut,” ujar beliau.

Beliau ditemui pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga KDN, di Kuala Nerus petang Ahad.

Alwi berkata, KDN sudah memanggil pengurusan syarikat akhbar terbabit pada 23 Mei lalu bagi memberikan garis panduan mengenai penerbitan yang sepatutnya dikeluarkan.

Bagaimanapun, apa yang disiarkan akhbar berkenaan di muka depannya itu amat mendukacitakan.

Menurut Alwi, tindakan selanjutnya akan diambil termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab jika KDN tidak berpuasa hati dengan penjelasannya.

Sementara itu, The Star menerusi portal Star Online telah mengemukakan permohonan maaf.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLYYxs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.