Tuanku Muhriz Berkenan Berangkat Ke Majlis Berbuka
SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, malam ini.
Turut berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud dan kedua anakanda baginda.
Keberangkatan tiba baginda diiringi Mohamad dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin serta barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutuan.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Hasan Malek dan Undang Yang Empat.
Baginda kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan sunat tarawih berjemaah di surau kediaman tersebut. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rLFPMl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment