Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan anggota PPBM keluar parti bukti ia tiada keikhlasan - Kayveas

CAMERON HIGHLANDS: Tindakan pemimpin dan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) keluar parti sejak kebelakangan ini membuktikan PPBM tidak mempunyai hala tuju dan perjuangan politik yang jelas, kata Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata tindakan itu telah dijangka dan ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam suasana politik hari ini.

"PPBM ditubuhkan hanya kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya ikhlas untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat di negara ini," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Cameron Highlands berjumlah RM12,000 di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini khususnya generasi muda boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukan oleh pembangkang selama ini dan parti mana yang ikhlas memperjuangkan nasib serta masa depan rakyat.

"Sebagai contoh, DAP tidak pernah mengambil peduli dan mahu menyelesaikan masalah tanah dan nasib yang dihadapi petani di Cameron Highlands.

"Mereka hanya datang ke sini apabila kempen pilihan raya sahaja tetapi selepas itu tidak ada pemimpin DAP yang datang ke sini untuk menyelami nasib dan menyelesaikan beberapa masalah penduduk di sini," katanya.

Jumaat lalu, lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai Ketua Penaja Bahagian PPBM Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja Bahagian PPBM Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu susulan kegagalan Muhyiddin yang juga Presiden parti menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qrXaG3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.