Nak Rezeki Murah Dan Keluarga Bahagia, Amalkan Suap Anak Dan Isteri Makan.
bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi-lagi kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap saja,
Ketika saya berada di ruangan solat tadi, tiba-tiba datang seorang lelaki dekat dengan saya dan kami pun berborak-borak.
Ketika kami sedang berborak, lelaki tersebut dengan tidak semena-mena telah meluahkan perasaannya serta masalah yang dihadapinya.
Lelaki tersebut telah menceritakan mengenai kehidupan keluarganya yang sentiasa susah serta tidak tenteram ada sahaja masalah, dia dan isterinya pula selalu bertengkar walaupun kerana hal-hal kecil.
"Saya dah usaha macam-macam dah bang, macam-macam cara dah saya buat, Tak tahu nak buat macam mana dah" kata lelaki itu
"Waktu awak makan dengan isteri, awak ada suapkan makanan dekat dalam mulut isteri awak tak?" saya tanya.
"Tak pernah bang, kalau saya buat, nanti saya dikatakan buang tabiat pula" jawabnya.
"Awak pernah tak suapkan makanan dalam mulut anak-anak awak tak?" Tanya saya lagi.
"Pun tak pernah, kenapa awak tanya macam itu?" Jawab lelaki itu yang merasa pelik dengan soalan tersebut.
"Kalau awak nak tahu, mak ayah kita dulu tak kaya pun, tapi kehidupan dia orang penuh dengan kasih dan sayang, rezeki mereka pun cukup-cukup saja. Kehidupan mereka tenang dan berkat. Tahu tak sebab apa? Sebab Allah janji kalau kita menghargai keluarga, rezeki kita akan bertambah. "
" Perasan tak sekarang? Dah banyak orang kita tak makan sekali dengan keluarga. Kalau ada pun, masa makan itu masing-masing leka main telefon atau pun sibuk melayan tv. Allahu … "
" Awak percayalah apa yang saya nak cakapkan ini, bila isteri makan dari tangan suami, dia akan rasa bahagia. Lagi-lagi kalau suami dia buat kerana cinta, kerana Allah, biar pun beberapa suap saja, nikmatnya tak terkata. Kena pula isteri buat-buat tergigit jari sikit. Hehe! "
" Awk pun tahu kan? makan satu wadah yang sama dengan sunnah. Kalau awak nak tahu, saya dan keluarga makan satu dulang bila di rumah, kami tiga beranak. Kadang-kadang itu anak dan saya berebut nak suap mak dia. "
Mulai hari ini,, cubalah abang amalkan apa yang saya sampaikan ini. Percayalah bang, Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Abang Kasihilah isteri dan anak-anak, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang bertubi-tubi ".
Setelah beberapa bulan kami terserempak di supermarket. Dia menegur saya.
"Terima kasih atas saranan yang awak bagi dulu, saya buat apa yang awak cakap masa dekat hospital dulu. sekarang saya nampak hasilnya, keluarga kami bahagia sangat-sangat. Bila saya suap isteri saya dan isteri saya suapkan saya, kami terasa sangat nikmat. inilah antara nikmat dunia yang kami rasa. Ya Allah, berilah kami terus menikmatinya dan bersama dalam syurga. "
Mulai hari ini, Cuba kau orang amalkan apa yang saya sampaikan ini. Percayalah bahawa orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Kau orang kasihilah isteri dan anak-anak, nanti lihatlah bagaimana rezeki akan datang bertubi-tubi ".
Sumber: Ustaz Ebit Lew
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rca26D
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment