Resepi Tapai Ubi
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 1/2 Kilo Ubi Kayu
- 1 Biji Ragi
- Daun Pisan secukupnya
Cara membuatnya:
Foto: YoutubeKupas kulit ubi kayu dan basuh hingga bersih. Potong ubi sederhana kecil kemudian rebuslah sehingga empuk. Setelah cukup empuk (tidak terlalu empuk), angkat dan toskan airnya. Kemudian sejukkan sebentar. Sebelum ragi digunakan, jemur dulu untuk seketika. Kemudian hancurkan ragi dan tabur pada ubi yang telah sejuk hingga rata. Buat begini satu-satu hingga selesai.
Lapiskan sehelai daun pisang ke dalam sebiji pasu tanah atau belanga tanah. Kemudian aturkan ubi yang telah ditaburkan dengan ragi tadi. Tutup dengan sehelai daun pisang lagi. Kemudian tutupkan pula dengan penutup pasu. Bungkuskan pasu dengan kain kemas-kemas. Setelah tiga hari, bolehlah dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk unutk nikmati rasa yang lebih enak.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r1FmUR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment