Mengapa Perlu Bersaing Letak Harga Tinggi? Hantaran Perkahwinan Bukan Nilai Seorang Perempuan
Ramai berpendapat penilaian itu dibuat berdasarkan tahap pendidikan seseorang wanita itu dan ada juga berkata semakin tinggi ilmu pengetahuan tentang agama yang dimiliki oleh seorang wanita itu, semakin tinggilah nilai harga dirinya.
Mungkin ramai yang ingin tahu tentang persoalan ini sejauh manakah nilai seseorang perempuan itu. Ikuti perkongsian daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Ainizal Latif.
Nilai Hantaran Bukan Nilai Seorang Perempuan
Nilai seorang perempuan bukan dilihat pada berapa nilai hantaran yang di terima sebelum pernikahan. Tetapi nilai sebenar perempuan itu dilihat bagaimana dia melalui kehidupan selepas pernikahan bersama suaminya.Cubalah direnungkan, walau untuk keberapa tahun ulang tahun pernikahan.
Setelah melalui kesukaran melahirkan beberapa orang zuriat, mendidik dan menjaga mereka serta suami ketika sakit. Melalui kehidupan sukar kekurangan rezeki dan makan sama-sama berkongsi.
Memuliakan keluarga suami dan berusaha menjaga hati ibu bapa mertua dengan seikhlas jiwa. Dalam masa yang sama sentiasa menjaga ibadahnya dan tidak putus bergantung harap dengan tuhannya.
Pengorbanan yang terdapat dalam diri perempuan yang begini, adalah sangat tidak ternilai jika dibandingkan dengan duit hantaran yang diberikan sebelum pernikahan dulu.
Isteri yang berusaha menjadikan nilainya lebih tinggi dari apa yang seorang suami harapkan dengan menjaga tanpa di suruh, memelihara tanpa di awasi, mendidik tanpa diminta, memberi tanpa syarat, menyintai sepenuh jiwa, sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih mahal berbanding hantaran yang diterimanya dulu.
Merekalah isteri, yang berusaha menjadi isteri terbaik dan bukan tujuan bahagia didunia, tetapi mahu membawa cintanya ke syurga.
Kerana tiada yang lebih mahal dari segalanya di dunia ini melainkan syurga yang kita dambakan untuk dikumpulkan semula akhirnya. Memiliki perempuan yang 'mahal' seumpama memiliki salah satu kebahagian di dunia.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
“Jika seorang wanita selalu menjaga solat lima waktu, juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan), menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina) dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; shahih)
Perempuan, mahal kan diri kita selepas perkahwinan supaya kita mendapat balasan yang lebih mahal selepas kematian!
Sesungguhnya ia adalah ingatan untuk diri sendiri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyX96S
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment