Hi! Welcome Back and Stay Tune! Palestin Sedang Melihat Untuk Hadir Dengan Mata Wang Digital Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Palestin Sedang Melihat Untuk Hadir Dengan Mata Wang Digital Tersendiri

Akhir-akhir ini, mata wang digital seperti Bitcoin menerima perhatian ramai pengguna, termasuk ia telah mula digunakan secara meluas di Jepun. Terkini, menurut Reuters, Palestin turut sedang melihat ke arah untuk hadir dan melancarkan mata wang digital mereka tersendiri.

Mata wang digital ini dijangka akan diperkenalkan dalam tempoh lima tahun sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

Buat masa ini, Palestin tidak mempunyai sebarang mata wang rasmi, dan sekiranya mata wang digital ini diperkenalkan, ia mungkin menjadi mata wang rasmi untuk Palestin. Rakyat di sana kini menggunakan mata wang Amerika Syarikat, Euro, Israel, dan Jordan untuk kegunaan harian.

Dengan pelbagai had, termasuk untuk kawalan mata wang, inflasi dan sebagainya, Palestin dikatakan melihat kepada mata wang digital dengan ciri seumpama Bitcoin. Selain daripada itu, pihak berkuasa juga dikatakan tidak mempunyai fasiliti lengkap untuk cetakkan mata wang fizikal dan sebagainya – sekaligus membuatkan mereka lebih memfokuskan kepada mata wang digital ini.

Selain daripada Palestin, Sweden juga dilihat sedang melihat kepada untuk melancarkan mata wang digital mereka tersendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pMY0gi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.