Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar Malaysia di Manchester dinasihat berjaga-jaga - TPM Zahid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar Malaysia di Manchester dinasihat berjaga-jaga - TPM Zahid

SHAH ALAM: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan pelajar Malaysia di Manchester untuk lebih berjaga-jaga, terutamanya dalam  membenarkan pelajar dari negara lain untuk tinggal di kediaman mereka.

"Ini wajar dilakukan memandangkan situasi kini di sana dengan kawalan ketat oleh pasukan keselamatan di sana," kata Zahid.

Apabila ditanya berhubung keadaan tiga pelajar Malaysia yang disoal siasat, beliau berkata mereka berada dalam keadaan selamat tetapi 'trauma'.

"Ini kerana ketika polis Manchester tiba di kediaman mereka, pintu-pintu yang berkunci telah dipecahkan.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande

BACA: Ariana Grande umum konsert istimewa buat mangsa tragedi di Manchester Arena

"Namun kita faham keadaan yang sedang berlaku di sana (Manchester)," tambah beliau.

Beliau ditemui selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Peringkat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong pada malam ini.

Dalam insiden pada 23 Mei lalu, sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 59 cedera dalam satu letupan selepas berakhirnya konsert penyanyi Amerika Ariana Grande di Manchester Arena.

Menurutu Polis Pengangkutan British, letupan dilaporkan berlaku di ruang legar bangunan itu pada kira-kira jam 10.30 malam (waktu tempatan.

Menurut portal The Guardian, mangsa yang mengalami kecederaan telah menerima rawatan di enam hospital di sekitar Manchester.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rb7NQB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.