Hi! Welcome Back and Stay Tune! Toyota Membuat Pelaburan Dalam Projek Pembangunan Kereta Terbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Toyota Membuat Pelaburan Dalam Projek Pembangunan Kereta Terbang

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat beberapa projek berkaitan kereta terbang – termasuk Uber sendiri yang turut membuat pelaburan ke arena berkenaan. Kini, pengeluar kenderaan dari Jepun, Toyota turut tidak ingin ketinggalan dan dilihat menyokong sejumlah anak muda dalam syarikat berkenaan yang sedang membangunkan projek kereta terbang pada masa terluang mereka.

Pasukan yang dinamakan sebagai Cartivator ini telah dimulakan sekitar tahun 2012 yang lepas, dimana ketuanya, Tsubasa Nakamura memenangi pertandingan perniagaan, sekaligus memulakan pembangunan projek kereta terbang ini. Cartivator juga terdiri daripada sekitar 30 orang ahli kumpulan yang menggunakan masa terluang mereka untuk pembangunannya.

Kini, Toyota bersetuju untuk membuat pelaburan sekitar 40 juta yen pada Cartivator, sekaligus membantu mereka dalam menjayakan projek berkenaan.

Cartivator merancang untuk hadir dengan prototaip menjelang penghujung 2018 kelak. Mereka turut berharap agar dapat komersialkan ia sekitar 2020 bersempena dengan Sukan Olimpik yang bakal diadakan di Tokyo.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reX9W9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.