Hi! Welcome Back and Stay Tune! Umat Islam dinasihat berhati-hati untuk menderma, elak ditipu sindiket - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Umat Islam dinasihat berhati-hati untuk menderma, elak ditipu sindiket

KOTA BHARU: Umat Islam di negeri ini harus berhati-hati dalam menderma kepada golongan susah di sepanjang Ramadan ini kerana dibimbangi wang yang diderma 'masuk' ke kantung yang salah, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata memang dalam Islam menggalakkan sedekah tetapi banyak pihak yang mengambil kesempatan setiap kali Ramadan untuk mengaut keuntungan hasil kemurahan hati orang ramai.

"Orang ramai perlu lebih berhati-hati memberikan sedekah bagi mengelak ditipu kerana banyak sindiket menggunakan wanita, orang cacat dan kanak-kanak bagi meraih simpati," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad Shukri diminta mengulas kehadiran ramai peminta sedekah (sumbangan) terutama dari negara jiran yang 'berkampung' di negeri ini untuk meraih simpati daripada orang ramai khususnya umat Islam pada Ramadan ini.

Beliau berkata adalah menjadi perkara biasa kepada umat Islam memberi sedekah setiap kali tibanya Ramadan kerana mereka mahu memperolehi pahala bersedekah.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qvTylO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.