6 Dokumen Mengerikan Tentera AS Yang Dipaparkan Kepada Umum
Sejak Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, mereka terus membangunkan kekuatan tentera mereka ke peringkat yang lebih jauh lagi. Banyak projek mengerikan yang dilaksanakan tentera AS selepas insiden itu.
Tujuannya mungkin AS ingin menguasai kuasa tentera di seluruh dunia, termasuk ingin mengalahkan Kesatuan Soviet ketika Perang Dingin. Projek tentera yang mereka laksanakan termasuk dalam kategori sangat rahsia sewaktu itu, sehingga tidak ada yang mengetahuinya. Namun dengan seiring berjalannya waktu, projek rahsia tentera AS satu per satu dipaparkan kepada orang awam dalam bentuk dokumen.
Dokumen-dokumen tersebut sebahagian besar menjelaskan tentang usaha AS mencipta senjata pemusnah besar-besaran. Sebahagian lagi menjelaskan tentang kewujudan UFO dan tempat-tempat rahsia seperti Area 51.
Seperti dikutip Laicikang.com dari The Richest, di bawah dokumen-dokumen mengerikan milik tentera AS yang dipaparkan kepada umum.
1. Projek 1794 - Pembuatan Kapal Angkasa
Tentera Udara AS mengklasifikasikan banyak fail pada tahun 2012, di mana salah satunya adalah mengenai Projek 1794. Projek ini merupakan usaha tentera AS mencipta kapal mirip piring terbang atau UFO untuk menyerang pesawat pengebom kepunyaan Kesatuan Soviet.
Projek pembuatan kapal angkasa ini bermula pada tahun 1950-an. Jurutera yang membina pesawat ini berniat membina pesawat ini dengan kelajuan Mach 4 atau empat kali kelajuan bunyi, dan mampu mencecah ketinggian sehingga 100,000 kaki. Dianggarkan kos pembuatan kapal ini sewaktu itu mencecah 3 juta dolar AS, atau yang kini sebanding dengan 26 juta dolar AS. Namun pembinaan kapal ini dibatalkan pada tahun 1961.
2. Projek Iceworm - Markas Rahsia Nuklear
Projek Iceworm merupakan rancangan kerajaan AS membina markas rahsia nuklear di bawah lapisan ais di Greenland. Markas nuklear tersebut dibina sekitar tahun 1960-an semasa Perang Dingin dan dihentikan pada tahun 1966 kerana keadaan lapisan ais yang tidak stabil dan beralih. Jika projek ini siap dan nuklear disimpan di bawah lapisan ais, bermakna dunia ini diambang kemusnahan. Tapi mujurlah saja projek ini tidak disiapkan.
3. Tentera AS Memiliki Banyak Fail Foto UFO
Tentera AS boleh jadi sudah menghabiskan banyak kos untuk melakukan kajian terhadap UFO. Perkara itu dibuktikan dengan timbunan fail foto-foto UFO kepunyaan tentera AS yang diambil pada masa dan tempat yang berbeza. Namun sehingga kini tentera AS masih menyembunyikan tentang kebenaran UFO.
4. Fakta Area 51
Kononnya, Area 51 dikenali sebagai tempat rahsia milik kerajaan AS yang diam-diam memegang dan mempelajari tentang UFO dan kehidupan di luar bumi. Tanggapan tersebut diperkuatkan dengan penafian kerajaan terhadap kewujudan Area 51.
Namun menurut dokumen yang didekalsifikasi menunjukkan bahawa Area 51 merupakan tempat uji cuba pesawat mata-mata dan kenderaan tentera lain. Tapi perkara itu tidak memberikan jawapan, justeru malah menimbulkan banyak soalan.
Jika benar Area 51 adalah pangkalan tentera, kenapa kerajaan sangat merahsiakan kawasan itu dan kenapa kerajaan tidak pernah mendedahkan bahawa Area 51 adalah pangkalan tentera?
5. Starfish Prime: Letupan Nuklear Di Angkasa
Starfish Prime dilancarkan pada tahun 1962 sebagai uji cuba letupan nuklear di udara. Ketika itu, roket Thor membawa kepala peledak termonuklir W49 ke langit dan kemudian meledakannya di atas ketinggian 400 km di Lautan Pasifik.
Selepas letupan tersebut, tiga satelit yang mengorbit Bumi tiba-tiba lumpuh. Radiasi dari letupan nuklear tersebut dipercayai telah merosakkan elektronik dan susunan matahari. Setelah dokumen mengenai letupan ini dipaparkan kepada umum, tindakan AS dianggap sangat tidak bertanggungjawab.
6. Projek Thor - Senjata Di Angkasa
Seperti yang sudah disebutkan sebelumnya, roket Thor digunakan untuk melancarkan Starfish Prime. Tapi sebenarnya roket Thor mempunyai misi lain yang jauh lebih mengerikan. Projek Thor hanya boleh melancarkan peluru berpandu dari ruang angkasa, yang bermaksud senjata ini boleh disasarkan ke mana saja di dunia ini.
Menurut laporan, senjata pemusnah besar-besaran ini digambarkan sebagai tiang telefon tungsten yang mengorbit bumi dengan sirip kecil dan komputer di bahagian belakangnya sebagai kawalannya. Batangnya dikendalikan oleh satelit dan hanya memerlukan beberapa minit untuk meninggalkan orbit dan mencapai sasarannya. Tapi mujurlah, senjata mengerikan seperti dalam Projek Thor tidak disiapkan kerana beberapa sebab.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sAYYhW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment