Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 maut dalam insiden kereta kabel terhempas di India - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 maut dalam insiden kereta kabel terhempas di India

SRINAGAR: Tujuh orang maut apabila kereta kabel yang dinaiki mereka terhempas di sebuah resort ski di Jammu dan Kashmir, India.

Kejadian berlaku setelah angin kencang menyebabkan sebatang pokok berhampiran tumbang lalu menimpa dan memutuskan kabel yang memegang gondola terbabit di Resort Ski Gulmarg pada Ahad.

Gondola yang dinaiki mangsa terhempas dari ketinggian beratus-ratus kaki dari tanah dan mengorbankan, antara lain, pasangan suami isteri dengan dua anak mereka serta seorang pemandu pelancong tempatan.

Perkhidmatan kereta kabel berkenaan dihentikan seketika sebelum operasinya diteruskan setelah usaha menyelamat pelancong yang terkandas pada 15 kereta kabel yang lain selesai.

Insiden tersebut dilaporkan yang pertama dalam sejarah perkhidmatan kereta kabel Gulmarg yang mula beroperasi pada tahun 1998, dan dibina oleh firma Perancis Pomalgalski.

Perkhidmatan kereta kabel Gulmarg sangat popular pada musim sejuk dan merupakan projek kereta kabel kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 13,780 kaki dari paras laut, di mana ia boleh mengangkut sehingga 600 orang dalam satu jam.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tJUTbm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.