Aku Mahukan Kasih Sayang Sama Rata
Salam & hi. Terima kasih pihak IIUM confession sebab siarkan post ni. Aku nak buat confession & luahkan apa yang terpendam. Sorry kalau tak faham apa aku tulis sebab tak pandai cerita.
Aku perempuan, umur dalam 20an. Hidup aku biasa je macam orang lain. Plain & usual. Semua okay je tak ada masalah sangat, cuma, aku tak happy sangat la kalau duduk rumah. Kalau duduk rumah mesti ada je masalah. Sebab aku duduk uni, so aku akan selalu cuba taknak balik rumah even dekat. Family aku tak ada masalah pun, harmoni je. Tapi nak cerita yang dalam setiap family mesti ada sorang tu yang lain sikit dari adik beradik lain, yang ganjil. Dalam family, aku la orang tu.
Aku tak happy wei. Tak seronok jadi the least favorite person dalam family. Sengsara tu sengsara la jugak. Kalau nak kata kat luar, bukan dengan family pun takde la happy mana pun. Family patutnya have your back no matter what, be there for you, help you bila kau down kan, make you feel good abt yrself. Bukan family aku tak macam tu, cuma aku tak dapat attention yang aku nak especially from my mum. Aku boleh nampak macam mana dia treat aku and adik beradik aku yang lain. Aku tau aku yang paling kurang rasa disayangi. Kadang memang rasa tak bagi kasih sayang sama rata. Aku tau kat luar sana ada jugak macam aku ni. Aku dying gila nak rasa adil tu.
Mak aku ni honestly most of the time aku terasa la jugak. Tapi orang akan kata siapa la aku nak terasa dengan mak sendiri, dia lahirkan aku blabla. Aku bukan nak lebihkan aku sendiri tapi aku nak rasa adil layanan dia sebagaimana dengan yang lain tu. Hubungan aku dengan mak aku ni macam tak seimbang sangat. Kadang okay je. Tapi selalunya tidak la. Since kecik aku dah rasa tak adil, kurang disayangi. Aku takkan cakap kalau aku tak rasa semua ni. Benda benda kecik tu biasa aku diperkotak katikkan, direndah rendahkan ability aku.
Pernah satu masa aku tak reti betulkan apa benda tah kat phone sebab mak aku minta tolong (phone zaman baling kat anjing tak mati) tapi tiba tiba aku pulak kena, Takkan benda ni pun tak reti depan sedara mara & masa tu aku budak tak tahu apa apa. Buat aku rasa down sangat & effect dia sampai sekarang. Benda remeh tapi impak dia besar. Sampai sekarang, aku rasa takut takut kalau tak tahu. Cepat panik, takut kena marah.
Ada jugak masa aku nak tolong mak aku masak kat dapur saje ajak sembang. Aku terus cakap la pasal weather. Cuaca panas betul haritu. Tiba tiba dikatanya aku tak bersyukur, Tuhan marah la apa semua. Aku cakap la gurau je tu dengan nada mesra habis la, ala mak pun pernah cakap macam tu. Lepas tu kena pulak mak aku kata, time tu tak ada ilmu taktahu tak boleh cakap, sekarang dah tau dah ada ilmu jaga mulut apa semua. I was like ???. Sebab korang tak dengar je nada nya macam mana korang akan assume maybe mak aku saje cakap. Korang faham tak niat baik nak datang tolong tiba tiba orang sakitkan hati kita. Serius la kenapa kena cakap macam tu. Tak boleh ke ajar cakap baik baik. Aku terus blah wei tak tahan sakit hati takut lawan balik lagi menyakitkan hati. Aku dah memang panas tapi aku blah je malas dah nak tolong. Kenapa nak cakap yang menyakitkan hati. Tak harmoni langsung. Tolong la cakap baik baik je tak boleh ke. Tu satu. Memang banyak dah la terasa.
Bab lebihkan adik beradik tu satu. Masa aku duduk asrama dulu, mak aku jarang lawat aku. Tapi abang, kakak aku selalu je mak aku lawat. Aku tak cemburu dengan adik beradik lain, cuma aku nak jugak dapat apa yang adik beradik aku yang lain dapat. Mak aku selalu je bawak makanan tengahari, bawak stok makanan apa semua on weekends. Nak kata dekat tak, jauh pun tak. Kat situ aku terasa dah. Mak aku always attend to their needs but less on me. Pernah la jugak aku buat drama air mata suruh mak aku datang tapi sekali tu je. Lepas tu aku pun macam tunggu sendiri je la. Nangis sorang sorang kat asrama yang tak siapa pun la tau. Entah la. Aku rasa tak adil. Banyak je lagi tapi aku rasa dah panjang berjela dah ni. Korang pun tak sanggup baca.
Pernah cuba confront dengan mak aku, memberontak apa semua. Aku cakap la apa aku rasa, tak adil semua tu. Time tu pun umur umur memberontak dengan harapan mak aku tenangkan aku ke, make peace ke apa tapi aku lagi kena marah & deny semua aku cakap. Aku cuma nak attention je weh tu pun tak boleh ke. Nasib aku baik aku tak memberontak buat benda bukan bukan je. Niat nak lari rumah tu biasa. Jealous tengok mak orang lain yang speak proudly of their children, nampak good bond & rapat apa semua. Aku segan nak cakap pasal mak sendiri sebab aku takde la rapat mana dengan my mum.
Riak muka mak aku buat muka pun aku dah terasa. Susah nak cakap. Belum lagi bab mak aku mengadu kat ayah aku macam aku bermasalah sangat. Aku terdengar sendiri. Padahal masalah aku bukan la ponteng sekolah ke, ikut laki lain ke, buat benda tak senonoh ke. Entah lah. Sakit dada tertekan setiap kali rasa macam ni. Tiap kali nak mengalir air mata tahankan je acah tabah. Aku tak ada tempat nak bermanja. Kang manja dengan orang lain payah lak. Aku harap bakal suami aku tu boleh la jadi tempat aku bermanja haha sempat lagi berangan. Kempunan weh bila memendam je kerja. Aku nak sakitkan hati mak ayah aku pun tak sampai hati tengok muka dorang walaupun ada jugak buat dorang terasa, tapi bila aku terasa tak ada siapa nak kisah. Aku nak perhatian & layanan sama rata je. The way they look at me is not the same with how they look at my siblings. Bukan tak pernah appreciate, bagi hadiah, celebrate semua. Tapi takat tu je lepas tu mesti ada masalah.
Tak seronok jadi the least favorite. Im not happy. Mak as core support aku tak kukuh, tak kuat. Deep down aku tak okay even if depan orang ke kawan ke aku macam biasa. All I want is my mums equal attention & treatment. The effect that I get now, macam macam. Defensive, self deception, introvert, memendam & banyak la lagi. To parents out there, layan la anak semua sama rata. Jangan lebih & kurang. Every child has so much potential bila dapat the best care from parents. I could be different if I get the equality & happier. How I wish.
Thank you for reading. Salam Ramadhan & God bless everyone.
The least fave
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJHnGV
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment