Hi! Welcome Back and Stay Tune! Single akhirnya diterima - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Single akhirnya diterima

POPULARITI lagu Warkah Untukku nyanyian Ara, pemenang tempat keempat dalam Akademi Fantasia 2016 (AF2016) nyata memberi tuah tersendiri buat personaliti yang menghiasi ruangan Bakat Baru Media Hiburan minggu ini.

Meskipun lagu tersebut agak lambat untuk mencipta reputasi yang boleh dibanggakan seperti mana lagu-lagu tangkap leleh yang lainnya, namun kini single nukilan Hang Nadim dan Laq itu, mula menjadi siulan ramai.

Ternyata, situasi tersebut membuatkan si penyanyinya mampu melirik senyuman manis.

Ara atau nama sebenar, Nurfarah Izzatie Johari, ketika ditemui Media Hiburan di Konsert The Stage, Unisel baru-baru ini memberitahu, sejujurnya dia memberi harapan besar untuk single pertama tersebut.

Masakan tidak, selepas tamatnya AF2016, lagu itulah yang menjadi penanda aras sejauh mana percubaan bintang asal Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini mampu menempatkan diri dalam dunia seni.

“Sememangnya saya mengharapkan yang terbaik untuk Warkah Untukku. Yelah, selepas keluar AF2016, hanya lagu itu yang jadi sandaran saya promosikan diri.

“Seterusnya, buktikan kepada peminat bahawa saya juga boleh bagi sesuatu kepada industri seni. Terjun ke dunia realiti seni bukanlah sesuatu yang mudah seperti dijangka.

“Saya sedar, lebih dua bulan lagu itu dilancarkan, ia seakan gitu-gitu saja. Tapi syukur sebab kebelakangan ini, Warkah Untukku makin dapat tempat di hati pencinta muzik. Saya gembira dengan berita ini.

“Yelah, sebagai pendatang baru, sudah tentu ia bagi suntikan semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini,” janji gadis genit berusia 20 tahun ini.

Sedia single kedua

Melihat perkembangan positif terhadap single pertamanya itu, Ara sudah pun memasang rancangan untuk melancarkan single kedua tidak lama lagi.

Memberi bayangan bahawa lagu keduanya itu akan dirakamkan selepas raya nanti, Ara sekali lagi optimis mendapatkan khidmat Akim (Akim and the Majestret) untuk mencipta lagu barunya itu.

Ditanya mengapa mahukan Akim, Ara mempunyai pandangan sendiri.

“Saya mahu idea dan kreativitinya sebab single pertama saya dinukilkan Akim. Jadi mengapa tidak untuk single kedua ini, saya mahukan sesuatu yang lebih daripadanya?

“Saya percaya dengan bakat yang dia ada dan kami sudah rasanya sudah ada chemistry. Akim pun tahu range vokal dan lagu macam mana yang serasi dengan personaliti saya.

“Semoga impian saya untuk dapatkan khidmat dia sekali lagi dapat direalisasi,” ujar Ara.

Gadis ini turut memegang kata-kata Akim setiap kali membuat persembahan.

“Sejujurnya selepas proses rakaman Warkah Untukku, kami agak jarang bertemu dan berhubung. Tetapi ketika peringkat awal untuk rakam lagu itu, Akim ada beri pesan kepada saya. Katanya, setiap kali mahu menyanyi, kamu perlu letakkan soul dalam diri untuk dapatkan feel yang lebih baik.

“Jadi sampai sekarang saya ingat tips yang diberi Akim dan sebagai orang baru, sudah tentu sebarang tips berguna yang diberikan senior akan saya guna pakai,” tambah Ara.

Percaya rezeki

Berbalik kepada perkembangan seninya, Ara sempat merakamkan rasa terharu dan terima kasihnya buat penyokong yang masih setia bersamanya.

“Rasa dihargai bila mana peminat yang selama ini sokong saya saat di AF2016 dan masih setia bersama saya hinggalah sekarang. Malah, kini pun saya dah mula dapat peminat baru. Terima kasih atas segala dorongan yang tidak putus-putus.

“Bagaimanapun, bohonglah kalau saya tidak risau bila lagu tu agak slow. Dalam hati kata mungkin tak ada rezeki sebab itulah satu-satunya lagu yang saya ada. Namun bila ia mulai diterima, saya anggap itu tuah dan rezeki.

“Alhamdulillah, meski tiada rezeki di AF2016, tapi rezeki itu terpijak pada lagu,” kata Ara yang turut akui, menanam minat untuk menceburi dunia lakonan atau pengacaraan selepas ini sekiranya mendapat tawaran yang bersesuaian.

Tuturnya sebelum menutup bicara, tiada salahnya untuk mencuba pelbagai cabang seni sebagai salah satu cara untuk mencabar diri dalam dunia seni.

The post Single akhirnya diterima appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rNjoGN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.