Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berang cinta ditolak, lelaki rempuh motosikal gadis idaman, acu pisau dan rogol


KOTA BHARU, KELANTAN - Berang cinta ditolak, seorang lelaki tergamak merempuh motosikal gadis idamannya, mengugutnya dengan pisau sebelum merogol mangsa di dalam kereta. 

Lapor Kosmo!, suspek berusia 23 tahun itu memandu Proton Wira telah melanggar motosikal mangsa, 21 tahun dari belakang pada jam 7 petang, Khamis lalu. 

Suspek kemudian memberhentikan keretanya lalu mengacu pisau ke leher mangsa yang diheret ke dalam kereta dan dibawa menuju ke kawasan semak di Bachok. 

Pemangku Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad berkata, mangsa kemudian dirogol oleh suspek di dalam kereta di kawasan semak. 

"Gadis itu kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas di sini. Namun mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan dari orang awam. 

"Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya," katanya. 

Suspek telah ditahan dan direman selama lima hari juga didapati positif dadah jenis amphetamine. 

Sementara itu mangsa menerima tujuh jahitan di betis akibat terluka ketika bergelut dengan suspek di dalam kereta. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz8e7E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.