Proton dijangka rugi RM1 bilion jika tidak distruktur semula
Ketika menegaskan perkara itu, Perdana Menteri berkata pada tahun lepas misalnya, kerugian syarikat itu telah mencecah RM500 juta berikutan prestasi jualan yang tidak memberangsangkan iaitu sekitar 72,000 unit setahun dan 6,000 unit sebulan.
"Pada tahun lepas, kerajaan bantu dengan memberi pinjaman mudah RM1.5 bilion. Tahun ini minta lagi (daripada kerajaan untuk) R&D (penyelidikan dan pembangunan) pula RM1.1 bilion."Ini duit rakyat yang kita gunakan untuk selamatkan Proton kerana 60,000 orang bergantung rezeki dengan Proton...jadi berapa lama lagi kita perlu beri (sumbangan duit rakyat)," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan pelancaran Projek Lampu Jalan Kampung Fasa Lapan (LJK8) di Masjid Paroi Jaya, di sini, hari ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjoysQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment