Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Ramai Jangan Diperbodohkan, 237 Syarikat Tiada Kebenaran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Ramai Jangan Diperbodohkan, 237 Syarikat Tiada Kebenaran

Orang Ramai Jangan Diperbodohkan, 237 Syarikat Tiada Kebenaran

Orang ramai yang berhasrat membuat pelaburan dengan mana-mana syarikat jualan langsung boleh menyemak status syarikat berkenaan menerusi Bank Negara Malaysia. (Gambar: BNM)

Gara-gara mahu hidup mewah, ramai rakyat Malaysia terpedaya dengan sindiket skim piramid yang berselindung disebalik perniagaan jualan langsung.

Modus operandi seperti ini masih wujud apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpaskan satu sindiket skim piramid yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada 29 Mei lalu.

Hasil operasi pihak berkuasa itu menyaksikan sebanyak 91 akaun dengan nilai RM177 juta dibekukan dan beberapa jam tangan, beg tangan, jongkong emas, pemacu kilat USB dan barangan kemas di rampas. Perkembangan itu secara tidak langsung menggusarkan Persatuan Edaran Langsung Malaysia (MDDA) mewakili syarikat-syarikat jualan langsung yang beroperasi secara sah di Malaysia.

Presidennya, Rosedy Issa berkata, ramai individu terpesona dengan skim haram seperti itu kerana ia menawarkan pulangan yang tinggi dalam tempoh jangka masa pendek kepada pelabur.

"Kami menyeru orang ramai supaya tidak lagi diperbodohkan oleh syarikat pelaburan haram seperti ini. Skim pelaburan haram merupakan satu kesalahan di bawah Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) 2001," katanya.

Menurutnya, orang ramai perlu tahu perbezaan antara syarikat jualan langsung dengan skim haram seperti skim cepat kaya, skim ponzi, skim forex dan skim pelaburan emas yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung.

Tambahnya, cara paling mudah untuk orang ramai mengetahui sama ada skim yang mahu mereka sertai sah atau tidak adalah merujuk kepada senarai jualan langsung yang sah daripada Bank Negara Malaysia (BNM). Hanya syarikat yang diberi lesen BNM dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan kewangan dan kebiasaannya pulang yang dijanjikan tidak melebihi 20 peratus setahun untuk beberapa bulan pertama.

Merujuk laman sesawang BNM, sebanyak 237 syarikat termasuk laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang yang berkaitan dan peraturan di bawah pentadbiran BNM dari tahun 2012 sehingga 2017. Senarai syarikat terbabit boleh didapati di http://ift.tt/2qOqSV6



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjxBd4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.