Hi! Welcome Back and Stay Tune! Andainya Takdir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Andainya Takdir

Andainya Takdir

Assalamualaikum wbt.

Nama aku Suraya. Sudah bekeluarga, masih menuntut dan mempunyai dua orang anak. Untuk makluman, suami aku seorang duda anak sorang. Anak perempuannya aku jaga dari umur 2 tahun dan sekarang dah berganjak ke alam remaja, dan aku akui dia anak yang baik. Alhamdulillah.

Bagi sesiapa yang layan drama tv 3 suku mesti tahu pasal cerita Andainya Takdir lakonan Syukri Yahya sekarang. Apa yang aku nak kongsikan ni, cerita tu sebenarnya terjadi di alam realiti walaupun bukan 100%.

Aku mempunyai suami yang dulunya terlalu panas baran. Alhamulillah, panas baran dah pun berkurang, tetapi sikap marah dan kata-kata dari dia masih selalu mengguris hati.

Apa yang nak aku kongsikan, sikap pemarah suami aku sebenarnya banyak membuatkan aku tawar hati hari demi hari. Kesannya cukup buat sekeping hati manusia berubah dari sayang kepada satu perasaan yang kosong, tak de rasa. Ada hari suami aku boleh menjadi seperti watak Airil yang sweet tahap kencing manis boleh potong kaki, tapi ada hari dia boleh jadi singa yang menakutkan segala haiwan di hutan.

Untuk makluman jugak, suami dan anak perempuan kami banyak membantu kerja-kerja di rumah. Tetapi masih 60% kerja rumah aku lah yang uruskan. Pendek kata, masing-masing ada tugas di rumah. Contoh, bila aku masak, anak aku akan lap lantai dapur yang berminyak, susun pinggan, dan suami aku akan basuh pinggan. Itu memang rutin kami.

Tetapi, insiden malam tadi waktu berbuka sememangnya membuatkan aku terlalu sedih dan jauh hati walaupun aku tahu, takde apa yang aku mampu buat selain bersabar. Lagipun ini bukan insiden pertama. Malah, inilah jalan hidup yang aku pilih, jadi aku kena redha la kan. Cuma aku kesal, waktu orang nak berbuka puasa, waktu mustajab untuk berdoa, waktu itu lah ada manusia yang hilang kewarasan, akal pertimbangan.

15 minit sebelum masuk waktu berbuka, aku panggil anak perempuan kami untuk membantu menyiapkan juadah berbuka, buat kerja-kerja senang je, macam hidang nasi, tuang air, amik sudu ke apa. Tapi sampai ke sudah, aku sorang lah yang masak, dan menyediakan segala benda dari sebesar benda sampai ke sekecil benda.

Dah lumrah perempuan pulak, ibu dan seorang isteri, aku mengomel sesambil berjalan ke dapur, semua benda aku sediakan, diakhiri keluhan penat. Tak semena, suami aku dengar, dan dia ingat aku marah. Hekkk..

Terus lah suami kata aku buat kerja, memasak semua tak ikhlas, dah la marahkan aku depan anak, pastu dibezakan aku yang umur 11 tahun dulu dengan anak perempuan kami. Ya Allah, sedihnya hati. Anak perempuan kami beruntung sebab masih ada ibu untuk bersama, menegur kalau buat silap dan ada tempat untuk bermanja. Tapi aku? Aku dibesarkan tanpa ibu. Ibu meninggal ketika aku berumur 10 tahun. Tak sempat aku untuk belajar banyak perkara dari seorang wanita bergelar ibu. Paling penting kasih sayang dan doa ibu. Aku takde dan tak merasa semua tu.

Tapi, kesan marah yang pada aku tak padan dengan salah aku (which is salah paham intonation je), benar-benar buat aku sedih dan jauh hati. Penat aku masak, jangankan nak dihargai, dimarah lagi ada. Aku sempat makan sebijik kurma dan seteguk air waktu berbuka, aku solat maghib dengan airmata tak payah cakap, mmg laju je. Lepas solat, terus aku tidur sampai masuk waktu Isyak. Nak makan pun selera mati.

Ini bukanlah insiden pertama aku dimarah macam tu, boleh dikatakan selalu sangat. Ada saja benda suami aku nak tegur. Seolah-olah semua benda aku buat tak kena di mata dia. Susah sangat la aku nak dengar dia memuji apa yang aku buat. Banyaknya, komplen dan kritikan negatif.

Berbalik kepada drama Andainya Takdir tu, walaupun hakikatnya suami aku tidak lah cemburu buta macam Airil dalam drama tu,dan kaki pukul tegar macam Airil, tapi kata-kata dan sikap marah dia sememangnya banyak (ya terlalu banyak) membuatkan aku makan hati dan lama-lama hati aku mati.

TAPI, 5 tahun lepas, tanggal 15 Ramadhan, aku masih ingat insiden tu, itu lah kali pertama dan harapnya kali terakhir lah suami pukul aku. Salah yang bukan berpunca dari aku. Masa tu kami masih belum dikurniakan anak. Cuma ada anak perempuan suami bersama kami. Bila dikenangkan, traumanya sampai sekarang aku rasa.

Ya, aku akui, dia masih suami yang baik, kalau aku tengok dari sudut kebaikan dia. Tapi kalau aku kenangkan kata-kata, sikap marah, memang sedih je lah hati aku ni. Kadang aku terfikir jugak, mungkin aku ni manusia yang susah untuk let go, forgive and forget. Tapi perlu ke kau layan atau bercakap dengan orang macam tu, asyik cari salah orang. Macamana nak hidup aman damai kan. Takpa lah, selagi boleh sabar, aku sabar.

Diharapkan kisah aku ini boleh dijadikan iktibar dan panduan. Masih ada manusia yang ade dua identiti; baik dan bila datang masa kerasukan nya, bersabarlah. Aku harap sangat ada pembaca sudi doakan keluarga aku dan juga pengajian PhD aku. Ada masa nanti aku sambung kisah pengajian kami. Memamg boleh buat drama jugak kisah hidup aku ni.

Terima kasih kerana sudi baca.

Suraya

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsYWIx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.