Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB kecewa peniaga bazar jual tapak RM500 kepada pihak ketiga dengan harga RM8,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB kecewa peniaga bazar jual tapak RM500 kepada pihak ketiga dengan harga RM8,000

Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal.

“Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak.

Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak.

“Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini hari ini.

“Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000,” kata Mohamad. – BERNAMA
Sumber: Mstar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qO3jeY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.