Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belasah Sampai Mati, 5 Disambung Reman Termasuk Seorang Wanita.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belasah Sampai Mati, 5 Disambung Reman Termasuk Seorang Wanita..


LIMA individu termasuk seorang wanita berusia 21 hingga 29 tahun yang ditahan menyebabkan kematian lelaki didakwa mencabul di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar 28 Mei lalu disambung reman bermula esok sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar Nabilah Md Ruslan hari ini selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Dua daripada suspek turut diwakili peguam masing-masing sementara tiga lagi mendapat khidmat peguam dari Yayasan Biro Bantuan Guaman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan tempoh tahanan reman disambung bermula esok hingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 4 petang 28 Mei lalu, lelaki terbabit yang berasal dari Yan didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun di dalam tandas kompleks terbabit dari arah depan sebelum menekup mulut mangsa.

Akibatnya berlaku pergelutan 10 minit sebelum mangsa dapat meloloskan diri dan meminta bantuan awam yang kemudian menangkap lelaki terbabit dan membelasahnya dengan teruk di bahagian muka serta kepala.

Lelaki terbabit yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar namun disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah hari 30 Mei lalu.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2qO4v1W
via IFTTT

✍ Sumber Pautan : ☕ Merah Hati Cintaku

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s1R6ba

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.