Pelajar IPTA yang diambil secara terus perlu diberi subsidi
Naib Presiden Nasional merangkap Ketua Biro Publisiti & Media Baru Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata demikian bagi membantah keputusan Universiti Malaya meletakkan yuran pengajian program sarjana muda kejuruteraan sebanyak RM90,000.
Jelasnya, ia adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak adil kepada pelajar dalam negara.
"Ini adalah sistem oleh Universiti Malaya yang kami tidak sokong. Jika kamu mengambil pelajar secara langsung, ia perlu pada yuran yang sama, bukan RM90,000."Universiti boleh membuat pengambilan pelajar sendiri, tetapi bagi pelajar Malaysia, perlu diberi subsidi.
"UM perlu mencari jalan untuk memberi subsidi kepada mereka," kata Dominic selepas satu sidang media khas di sini, hari ini.
Tambahnya, yuran RM90,000 adalah terlalu tinggi berbanding pengajian di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Sebagai sebuah universiti awam, yurannya tidak sepatutnya melebihi pengajian di IPTS," kata Dominic.
Katanya, isu ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa universiti awam dalam proses diswastakan, dan tegasnya, ini adalah tidak benar.
UM adalah institut yang memiliki kuasa autonomi, di mana ia perlu mencari sekurang-kurangnya 50 peratus pendapatan sendiri dan boleh membuat pengambilan pelajar secara terus.
Dominic berkata UM boleh menggunakan cara lain untuk menjana pendapatan termasuk menyediakan kursus jangka pendek, menyediakan perkhidmatan konsultansi dan bekerjasama dengan industri.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sxtOH6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment