Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jenazah Pelajar Zulfarhan Osman Selamat Dikebumikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jenazah Pelajar Zulfarhan Osman Selamat Dikebumikan

JOHOR BAHRU – Jenazah Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkurnain yang meninggal dunia dengan kesan lebam dan melecur di badan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, pada kira-kira 9.30 malam ini.

Jenazah pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu tiba di tanah perkuburan dengan menaiki van jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada kira-kira 9.15 malam.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di Bangi, Selangor, petang tadi sebelum disembahyangkan sekali lagi di Masjid Jamek Kampung Kurnia, di sini, selepas solat Isyak.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri lebih 100 orang termasuk anggota keluarga dan kenalan Allahyarham Zulfarhan Osman.

Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam semalam dengan kesan lebam dan melecur di badan.

Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis telah menahan reman 36 penuntut UPNM dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rjvSEE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.