Hinanya Pekerjaan Aku
Assalamualaikum,
Aku saja nak luahkan perasaan yang aku pendam selama aku kerja dekat sini. Nama aku Sarah, aku kerja dekat sebuah warehouse logistic dan memang tempat aku adalah dekat office. Sepanjang aku kerja dekat office memang sangat memeningkan kepala aku, sebab since company aku kerja ni adalah under cina so mostly customer aku deal adalah customer cina and also most of them susah nak faham bahasa melayu dan bahasa english. Since department logistic semua orang melayu sahaja and 2 orang cina sahaja manager and assitant manager. agak susah juga bila masalah begini melanda. Bila masalah melanda mula la email yang sentiasa berlambak phone call tak henti henti. dan Client yang kami deal ada juga jenis tidak bersabar, marah dan macam-macam ragam lagi la. since department sini baru lagi orang office pun ada 4 orang sahaja campur manager and assitant tu pun tak sampai sepuluh. Bukan nak menunjuk kami superbusy tapi kerja kami sebagai orang office dekat sini memang betul busy sampai tak sempat nak layan call, lunch time kadang kadang tak rasa nak lunch sebab nak habiskan kerja tapi manager kami suruh juga kami lunch. Kerja dekat sini memang agak mencabar bagi aku since dia memerlukan membuat keputusan dengan cepat dalam stress camne sekali pun.
since orang office semuanya perempuan *kecuali assitan manager* bila ada masalah senang kami nak settel masalah sama-sama. and untuk bahagian staff packaging semua orang lelaki sebab mereka nak yang boleh angkat barang berat. of course lelaki mereka amik. staff packaging sini sangat limit, nak pack order yang banyak lagi kadang-kadang kami yang duduk office ni pun agak kesian juga dekat mereka berpeluh-peluh nak pack order yang banyak. kami pun kadang-kadang amik tahu masalah staff packaging, masalah tengok order ke since format order dah mula tukar. jadi kami orang office juga dengar keluhan mereka.
Untuk bahagian staff packaging ada supervisor , dia incharge double check semua staff packaging pack, macam check semua item mereka pack betul atau tidak. and make sure semua staff packaging sentiasa dalam keadaan stabil dalam kerja tidak selalu salah pack. Kiranya tanggungjawab supervisor sangat besar. Masa awal perkenalan kami bahagian office memang kenal supervisor tu sebagai orang yang paling rajin sekali, sepanjang waktu bekerja dia la yang paling banyak bergerak sana sini, susun barang la dan macam lagila. Bila driver luar hantar ke warehouse kami, dia orang pertama sekali yang tolong angkut semua barang yang banyak. and dia juga selalu tolong staff packangi pack barang lepas check, maklumla sebab staff memang sangat limit.
Tapi sayang bende tu tak tahan lama, supervisor yang rajin tolong staff dia mula tunjuk belang, tunjuk belang macam mana? supervisor ni dari suka tolong orang dia lebih suka bagi arahan sahaja pada staff dia, dulu dia rajin kemas barang sana sini tapi sekarang kerja duduk saja. ok mungkin korang semua fikir aku ni judgemental sangat, sebab maybe dia penat ke tu yang buat macam. pada mulanya aku pun mula fikir macam tapi bila dari pagi sampai ke nak balik kerja dia saja duduk sambil memekik tak ke lain macam? Ok, aku cuba tak nak buruk sangka pasal dia aku anggap je dia penat or something ke maybe dia ada kerja yang aku tak nampak ke , aku dengan 3 orang lagi dalam office cuba bersangka baik yela dia selalu tolong kitaorang juga. tapi bende tu mula rumit, bila staff packaging mula luah kan rasa tidak puas hati sebab salah satu staff packaging adalah rakan kelas aku kerja disini tu yang dia boleh luahkan perasan tak puas hati dekat aku. pernah sekali order client terlalu banyak sangat sampai semua staff sini sangat penat lagi teruk ada yang mula sakit belakang sebab asyik angkat berat, tapi supervisor ni dia tak tolong instead marah sambil perli semua staff bila mereka mengadu sakit belakang, lagi sakit bila salah satu daripada mereka salah amik item supervisor tu mula marah sambil teriak dekat staff tak henti henti.
dan supervisor ni juga mula tidak mahu tolong angkut kotak dari driver luar dengan alasan aku malas la dengan selamba cakap macam tu. tapi bila dia nampak manager and assitant manager, dia baru nak mula susun barang mula nak buat kerja kiranya. bukan tu saja kami bahagian office ni sentiasa jadi bahan perli dia, perli yang kami ni tak buat kerja duduk office goyang kaki. Sepanjang kami orang office semua kerja dekat sini, order-order seperti dari web ke yang senang or bende biasa yang kami boleh pack, kami semua buat bende tu sebab kami semua faham yang staff yang tak sempat nak tolong kami. kami semua biasakan diri buat bende yang kami mampu biarpun ada sesetengah nak bantu, sebab kami faham kerja order yang banyak dengan staff yang limit memang sangat penat nak kejar order,bukan niat aku nak bragg aku tau semua bende tapi memang semua dalam office cuba faham masalah orang hadapi
tak cukup kat situ bila supervisor tu mula rapat dengan driver yela since 2 orang saja yang singh dekat tempat kami itu yang rapat. rapat mereka macam bestfriend, pergi mana mana sekali pun selalu nampak mereka berdua. lagi sakit hati bila driver tu sendiri pun mula perli kami orang office. perli dia tu kerja bahagian driver hantar barang sana sini ,kita orang office buat duduk je pastu hadap computer ,perli dia memang kami rasa naik menyampah, apa hina sangat ke kami dapat kerja bahagian office? stress dia tak henti bila kami mula terima banyak complain daripada client yang mengatakan barang mereka terima tak cukup, salah barang la mistake macam ni sering kali ulang hampir setiap hari buatkan kami satu office lagi tambah stress & pening nak track balik semua order. Bukan tu saja kami juga la kena panaskan telinga dengar client complain tak henti henti, kalau satu case pun boleh buatkan kerja kami pending inikan lagi 2 3 case. nak selesai semua case dalam satu masa peritnya hanya tuhan je yang tahu. Sampai satu tahap aku nak menangis kerja bertimbun banyak sangat and semua nya kena rush. Bila case macam ni asyik ulang aku pun dah sampai limit aku nak bersabar bende macam ni, sebab aku tau aku tak just boleh nak salahkan staff pack juga sebab dia sebagai supervisor pun ada tanggujawab dia juga double check. aku cuba sedaya upaya tegur dengan cara elok cuba kurangkan buat kesalahan sama and teguran aku sangat umum bukan untuk staff tapi untuk yang supervisor skali.
Tapi apakan daya, aku ni hanya orang office sahaja, teguran aku tu dibalas dengan perli oleh supervisor orang office tau apa je hah?! mungkin bagi dia lawak tapi bagi aku itu seumpama penghinaan kepada kami semua. Tak cukup situ bila driver tu pun asyik perli yang kami ni kerja goyang kaki saja, aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan dengan perli mereka, aku pernah hampir nak meletup tapi aku cuba kawal sebab aku cuba nak berkerja secara systematic, terkawal, and more professional, kalau boleh aku tak nak amik perli mereka secara personally tapi apakan daya, aku pun manusia juga, sepanjang aku berkerja dekat sini tak terlintas pun hati aku nak banding kan kerja staff luar dengan staff office.
Rasanya sampai sini saja luahan aku, dan aku harap sesiapa yang baca article tolong ambil iktibar, sebab tak kisah kerja office, kerja kutip sampah, kerja packaging, kerja apa apa pun skali yang kita kerja tak perlu kita nak hina or banding bandingkan dengan orang lain hanya sebab dari luaran engkau dan tak kisah apa sekali pun sila respect, even kerja yang kau hina skali pun mainkan peranan penting juga. Setiap kerja ada tanggungjawab dia tersendiri, tak perlu kita nak sibuk jaga tepi kain orang.
Sekian terimah kasih kepada sesiapa yang sudi membaca
Sarah
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qKcuSz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment