Hi! Welcome Back and Stay Tune! APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

APMM Ubah Aset Lama Kepada Pangkalan Laut

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melupuskan beberapa bot lamanya untuk dijadikan ‘Sea Basing’ atau pangkalan laut dan tukun tiruan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata pangkalan laut berkenaan akan ditempatkan di sekitar Laut China Selatan bagi memantau pergerakan nelayan asing yang membuat aktiviti penangkapan ikan secara haram.

Beliau berkata pelupusan aset lama APMM ini melibatkan beberapa bot APMM yang tidak digunakan lagi dalam operasi yang kini hanya berlabuh di jeti APMM tanpa digerakkan.

“Perkara berkenaan (lupus aset lama) dibuat adalah kerana terdapat permintaan pelbagai pihak yang melihat perkara itu wajar dilaksanakan bagi membendung aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan negara,” katanya pada sidang akhbar majlis serah terima tugas dan pemakaian pangkat Laksamana Maritim kepada Ketua Pengarah APMM yang baharu, di sini hari ini.

Shahidan berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Pengarah APMM yang baharu iaitu Datuk Zulkifili Abu Bakar dan Zulkifili bersetuju untuk melupuskan aset APMM yang lama.

“Dengan melupuskan aset lama APMM, ia juga antara sebagai langkah untuk menjimatkan kos minyak bot.

“Sebelum pembinaan pangkalan laut APMM akan pastikan aset yang bakal dilupus ini bertahan lama dan sesuai untuk dijadikan pangkalan berkenaan,”katanya.

Sementara itu, Shahidan juga turut memakaikan pangkat ‘Laksamana Maritim’ kepada Zulkifili sebagai Ketua Pengarah APMM yang keempat berkuatkuasa pada 1 Jun lepas.

Perlantikan Zulkifili sebagai Ketua Pengarah adalah bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar yang telah bersara daripada perkhidmatan pada 27 Mei lepas.

Sebelum dilantik menjadi Ketua Pengarah, Zulkifili pernah memegang beberapa jawatan di APMM termasuk Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) dan Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah.

Zulkifili berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-undang Antarabangsa dari Institut Undang-undang Maritim Antarabangsa, Universiti Malta . – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rtdlpC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.