Tengku Abdullah ulang ingatan jangan guna masjid untuk politik
Mengambil contoh isu yang berlaku di Selangor baru-baru ini, baginda dengan tegas mahu kesucian masjid dan surau di negeri ini sentiasa dipelihara.
"Semua pihak perlu sedar dan jelas, masjid adalah tempat untuk kita mengamalkan dan mendalami ajaran Islam... bukan untuk hal duniawi lain," tegas baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Tengku Abdullah Peramu, dekat sini.Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 350 penerima sekitar kawasan Peramu, Kuantan.
Seramai 314 orang nelayan turut menerima Elaun Sara Hidup dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada majlis berkenaan.
Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut menggalakkan setiap masjid di negeri Pahang menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat seperti yang dinasihatkan Mufti Negeri.
"Ibadat di bulan Ramadan perlu diperbanyakkan dalam memastikan amalan kita diterima dan memperoleh pahala berganda," titah baginda.
Sementara itu, baginda turut berharap agar semua umat Islam khususnya di negeri ini menjadikan bulan Ramadan sebagai peluang merapatkan silaturahim.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qY1trX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment