Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dah ada yang cedera main mercun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dah ada yang cedera main mercun

MURID tahun tiga cedera di tangan kiri selepas mercun bola yang digabungnya meletup dan serpihannya terkena pada tangan dalam kejadian di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, 5 petang hari ini.

Ini menjadikan kejadian itu yang pertama setakat Ramadan ke -10 hari ini.

Mangsa, Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi,9, menggabungkan dua mercun bola itu berakhir dengan tragedi.

"Sebaik selesai menggabungkan mercun bola itu, saya segera menggali tanah untuk menanamnya bagi menghasilkan bunyi yang kuat.

"Bagaimanapun, belum sempat saya mengambus tanah itu, mercun yang ada di dalam lubang meletup sebaik sumbu dinyalakan.

"Ketika itu, tangan kiri saya baru sahaja mengaut pasir untuk mengambus lubang berkenaan," katanya.

Akibat kejadian itu, Muhammad Afiq Hamdi dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Muzzammil Mazlan, 27, berkata, dia tidak menyangka anak saudaranya tetap bermain mercun walaupun ada melarangnya sebelum kejadian itu.

"Ketika itu, saya mahu keluar ke bazar Ramadan dan nampak dia mahu bermain mercun sebelum menegurnya.

"Memang terkejut apabila mengetahui kejadian itu. Mujurlah, letupan itu tidak menghancurkan jari atau meragut nyawanya," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTsSQH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.