Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masih Ramai Suka Berkongsi Gambar Makanan Di Media Sosial Tapi Tahukah Anda Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masih Ramai Suka Berkongsi Gambar Makanan Di Media Sosial Tapi Tahukah Anda Hukum Kongsi Gambar Makanan Di Bulan Puasa

hukum.jpg

HUKUM berkongsi iklan jualan makanan yang sengaja menggalakkan individu lain ponteng puasa adalah haram manakala memuat naik gambar makanan di laman sosial pada waktu yang tidak sepatutnya adalah makruh.

Itu penjelasan Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berhubung sebahagian perkara yang perlu dielakkan pengguna laman sosial sepanjang mengerjakan ibadat puasa pada bulan Ramadan ini.

Mohd Izhar yang penceramah bebas berkata, bulan puasa mewajibkan semua umat Islam untuk menahan lapar dan dahaga, namun jika terdapat sebahagian golongan mengajak atau menggalakkan orang lain berbuka puasa tanpa sebarang sebab, hukumnya haram.

Beliau berkata, platform laman sosial Facebook dan aplikasi pesanan seperti WhatsApp kini mula disalah guna golongan tertentu sehingga ada di antaranya tergamak mengajak orang ramai untuk ponteng puasa.

Menurut beliau, biarpun pihak yang menjual atau menyebarkan maklumat jualan makanan itu tidak batal puasanya, namun mereka akan menanggung dosa sekiranya individu lain terpengaruh untuk ponteng puasa.

Allah SWT menyuruh kita mencari rezeki halal dengan sumber yang halal. Ramadan, bulan mulia ini seharusnya kita rebut peluang dengan menggandakan pahala, bukannya mempengaruhi orang lain untuk membuat perkara mungkar.

Saya nasihatkan golongan ini perkemaskan amal ibadat supaya kita terhindar dengan perniagaan yang terpesong. Malah orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi maklumat yang boleh menggoyahkan pendirian pihak lain, biarpun niat hanya sekadar bergurau, katanya.

Ditanya berhubung hukum memuatnaik gambar makanan di laman sosial ketika Ramadan, Izhar berkata, hukumnya makruh.

Jika sudah dekat dengan waktu berbuka bolehlah kita muat naik juadah berbuka. Namun jika dimuat naik pada waktu pagi atau tengah hari hingga menyebabkan orang lain teringin hingga sanggup ponteng puasa, hukumnya makruh.

Seboleh-bolehnya elakkan daripada memuat naik gambar sedemikian, katanya.

Sumber : Harian Metro

Sumber: sehinggit



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQn6LN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.