Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab Dibentang Julai Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pindaan Akta Kawal Selia Uber, Grab Dibentang Julai Depan

KUALA LUMPUR – Pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grab menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Julai depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata pindaan akta itu bertujuan memastikan semua aspek operasi dan prosedur perkhidmatan itu berjalan lancar serta dapat dikawal selia oleh kerajaan.

“Kita sedang dalam proses menyelaras e-hailing bagi bacaan kali kedua yang akan dibentang dalam sesi Parlimen akan datang pada Julai. Kita telah membuat bacaan kali pertama pada April.

“Apabila kita mempunyai undang-undang itu, maka kita boleh meletak terma dan syarat kita kepada mereka. Pada ketika ini kita tidak boleh buat apa-apa lagi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berada di Wisma Bernama di sini bagi menyerahkan bungkusan juadah berbuka kepada petugas media Bernama.

Pada 4 April lepas, Nancy membentangkan rang undang-undang mengenai perkhidmatan e-hailing yang bertujuan memastikan pengendali perkhidmatan e-hailing mengamalkan standard keselamatan dan mutu perkhidmatan tertinggi.

Nancy berkata apabila peraturan e-hailing diluluskan Parlimen kelak, kesemua pemandu e-hailing perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan akan tertakluk kepada pemeriksaan latar belakang yang ketat dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan lain seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Mengenai perkhidmatan GrabCar yang dipilih sebagai penyedia pengangkutan rasmi Sukan SEA KL2017, beliau berkata peluang tersebut perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan terkemuka di Asia Tenggara itu.

“Peluang yang diberikan ini akan membolehkan mereka (Grabcar) memberikan perkhidmatan pengangkutan bukan sahaja kepada rakyat negara ini malah ianya turut diberikan kepada pelancong asing. Saya fikir mereka perlu dibenarkan untuk mengambil peluang ini untuk bekerjsama dengan Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga memandang serius tentang aspek keselamatan penumpang perkhidmatan e-panggilan bagi mengelak berlakunya kes jenayah seperti rompakan yang berlaku baru-baru ini.

“Justeru kita akan pastikan pindaan akta ini akan diluluskan. E-hailing nanti perlu beroperasi tertakluk kepada peruntukan dan seliaan undang-undang seperti perkhidmatan sedia ada,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsYFqh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.