Hi! Welcome Back and Stay Tune! Haah.....baru padan muka! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Haah.....baru padan muka!

DUA PERAGUT PATAH KAKI SELEPAS REMPUH KERETA RAKAN MANGSA
by ELZAN ADAM
2017-06-05

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah patah kaki selepas merempuh sebuah kereta ketika cuba melarikan diri sebaik meragut seorang gadis berusia 19 tahun di hentian bas Jalan Kuari, Cheras, hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa yang sedang menunggu rakannya di hentian bas didatangi dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 18 tahun dengan menaiki motosikal Yamaha 125Z.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki itu meragut beg tangan mangsa menyebabkan gadis itu segera menghubungi rakannya yang dalam perjalanan menjemputnya di lokasi kejadian.

“Suspek kemudian merempuh kereta rakan mangsa yang kebetulan tiba di hentian bas itu. Mereka terjatuh di bahu jalan selepas merempuh Kia Forte itu.

“Suspek mengalami kecederaan di muka, badan dan patah kaki. Justeru, polis menahan mereka dan membawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini lapor Harian Metro.

Menurutnya, semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek adalah dicuri dan mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah.

Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan. – MDN


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qTzMWn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.