Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Siapa Cakap Projek TRX Tak Jadi?’

KUALA LUMPUR – “Siapa cakap projek ini (Tun Razak Exchange -TRX) tidak jadi”?

Itulah maklum balas ringkas dan pantas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau mengakhiri lawatannya ke Galeri TRX hari ini.

Sesetengah pihak terutamanya pembangkang membangkitkan kebimbangan dan keraguan mereka terhadap keupayaan kerajaan untuk menyiapkan projek itu, yang akan membangunkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan antarabangsa pada masa akan datang.

Terdahulu, Najib tiba di Galeri TRX di Jalan Utara di sini pada 4.15 petang dengan disambut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Perdana menteri kemudian mendengar taklimat mengenai perkembangan terkini pembangunan projek itu yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Datuk Azmar Talib.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, turut meninjau model dan pejabat TRX serta dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum beberapa kali semasal beliau diberi taklimat sepanjang lawatannya ke Galeri TRX itu.

Beliau juga berhenti seketika di dek pemerhatian untuk meninjau keseluruhan peta dan projek itu sebelum menandatangani sebuah plak di hadapan sepohon pokok yang dinamakan ‘Merdeka’, yang dipercayai antara pokok tertua yang masih ada sejak kemerdekaan negara pada1957.

Perdana menteri kemudian beredar keluar daripada tapak projek TRX itu pada 5 petang.

Ini adalah lawatan ketiga Najib ke tapak projek TRX selepas beliau melancarkan projek itu pada Julai 2012. Beliau melawat TRX Gate One di Jalan Tun Razak pada dua tahun lepas.

Menurut kenyataan media, TRX akan mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pusat utama kewangan dan perniagaan antarabangsa dengan mewujudkan persekitaran perniagaan berpusat yang lancar bagi firma perkhidmatan kewangan, syarikat multinasional dan perniagaan sokongan.

Kira-kira 70 peratus kawasan yang terdapat di TRX telah dikomersilkan dan TRX City terus menerima minat ketara daripada pelbagai pelabur dan penyewa tempatan dan antarabangsa termasuk bank-bank dan institusi kewangan utama dunia.

TRX antara lainnya menampilkan stesen pertukaran MRT bersepadu yang disokong oleh hubungan terus ke jalan-jalan utama seperti Jalan Tun Razak, MEX Highway dan Terowong SMART.

TRX City Sdn Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd, merupakan pemaju utama projek itu. Ia kini adalah sebuah entiti tersendiri.

TRX, yang dibangunkan dalam tempoh 15 tahun, akan dibina secara berperingkat dengan fasa satu dijangka siap pada 2018/2019.

Dengan nilai pembangunan kasar TRX dianggarkan RM40 bilion, ia turut merangkumi pelaburan ruang-ruang pejabat gred A selain disokong oleh kediaman, hospitaliti, peruncitan, riadah dan kebudayaan bertaraf dunia. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsXNlx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.