Hi! Welcome Back and Stay Tune! Papa kenapa saya jadi macam ni - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Papa kenapa saya jadi macam ni

Papa kenapa saya jadi macam ni

1.png

KUALA LUMPUR – Mohd Arifuddin Mohd Norhafis, 9, yang menghidap kanser tisu berkemungkinan akan hilang penglihatan. Doktor juga turut mengesahkan terdapat ketumbuhan di bahagian kiri kepalanya, lapor Harian Metro.

Keadaan itu menyebabkan mata kiri murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai Klang itu terkeluar, pipi membengkak selain menghadapi masalah pendengaran dan pertuturan.

Bapanya, Mohd Nor Hafis Abd Aziz, 33, berkata, anaknya telah ditempatkan di Wad Kanser (KK3) Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lebih yang lalu.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengalami sakit kepala sejak Januari lalu dan dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) setelah keadaannya semakin tidak memuaskan. Selepas itu Mohd Arifuddin dirujuk ke Unit Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) untuk rawatan sebalum ditempatkan di KK3 lebih seminggu lalu.

“Saya berharap orang ramai mendoakan anak saya supaya kembali sihat dan dapat meneruskan persekolahan seperti biasa. Setakat ini doktor masih berusaha merawat dia.

“Mata sebelah kiri sudah tidak dapat melihat dan mata kanannya pun sudah kabur. Telinga juga tidak beberapa dengar menyebabkan saya perlu bercakap dengan lebih kuat,” katanya.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan bolehlah menyalurkannya menerusi akaun Maybank atas nama Mohd Arifuddin di nombor berikut: 5640-9850-8578.

Sumber: pixelperfext



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPVbvo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.