Hi! Welcome Back and Stay Tune! Balasan Atau Ujian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Balasan Atau Ujian

Balasan Atau Ujian?

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca. Saya Nur bukan nama sebenar nak ceritakan kisah saya. Cerita ni agak panjang dan mungkin membosankan tapi saya harap yang baca confession ini ialah cikgu-cikgu dan kawan saya yang saya sedang cari. Saya sendiri tak pasti kalau ujian yang saya terima ni kifarah dosa saya masa sekolah dan matrik dulu ataupun ujian yang diberi Allah. Saya merupakan seorang pelajar di sebuah IPTA di utara dan bukan pelajar di IIUM. Saya tak tahu nak mula cerita dari mana. Tapi saya teruskan dari awal saya masuk IPTA saya.

Sebelum saya masuk IPTA tahun 2014, saya merupakan pelajar di sebuah matrikulasi dalam jurusan akaun tahun 2013. Semasa di matrikulasi saya telah mengisi permohonan UPU untuk menyambung degree dalam bidang tourism, hospitaliti sebab bagi saya, minat nak belajar dah berkurang. Jadi saya merasakan course tersebut senang untuk score. Tapi tu cuma andaian saya sahaja. Tapi ditakdirkan keputusan UPU saya saya dapat course ****** di IPTA ni dan saya rasa jarang universiti yg menawarkan course ni. Kalau ikutkan saya memang saya tak nak masuk belajar di sini sebab saya tahu kelemahan saya dalam subjek membaca. Tapi sebab kemahuan ibu bapa saya, saya terpaksa belajar di sini.

Daripada saya semester 1 saya tak pernah ikhlaskan hati belajar course ni sampai la sekarang saya sudah semester 6. Sebenarnya, banyak kali saya cuba positifkan diri terima tapi susah dan saya masih tak boleh terima course ni. Saya juga ada masalah kesihatan dimana sebelum ini saya buat rawatan di hospital di kampung saya tapi selepas masuk IPTA ni, saya terpaksa buat rujukan di hospital di utara pula. Semasa saya dapatkan rawatan di sini saya terkejut bila Doktor beritahu saya, saya ada masalah saluran pernafasan. Ada satu bengkak yang macam ketumbuhan block saluran pernafasan saya. Dan disebabkan benda tu saya jadi cepat letih sebab Dr buat satu ujian nak tengok oksigen yang sampai kat otak masa tidur. Keputusan ujian tu agak mengecewakan. Doktor beritahu langkah paling baik buat pembedahan secepat mungkin time tu dan sekiranya saya setuju saya boleh tandatangan surat kebenaran untuk buat pembedahan tu sebab saya dah kira atas umur. Tapi saya tak nak dan saya pun lupa sebab kenapa saya tak nak buat pembedahan tu. Mula daripada tu la saya mula salahkan takdir. Saya tinggal solat. Bagi saya Allah uji saya dengan course yang tak minat sekarang dia uji saya sakit. Saya mengaku tu memang silap saya salahkan Qada dan Qadar Allah. Allah tu ada je dengan saya cuma saya yang degil tak nak sujud dan minta padaNya. Tapi lepas tu kesedaran tu datang sendiri. Saya mula solat dengan harapan Allah doa rintihan saya buang sakit saya.

Tapi masa semester 3 masa awal semester baru saya setuju buat pembedahan tu. Serius walaupun buat fully bius saya tak sedar tapi lepas saya sedar je saya dah menangis sakit teramat. Silap saya lepas buat pembedahan kena datang balik hospital tu semula untuk tengok keadaan lepas pembedahan tu. Tapi saya tak pergi langsung sebab saya takut kena tahan wad lagi. Pihak hospital call untuk appointment tu pun saya ta angkat call tu. Tapi memang saya rasa sihat lepas pembedahan. Tapi saya silap keseronakan hilang sakit tu sekejap je. Sekali lagi saya diuji masa semester 5 dan sakit tu datang lagi bengkak tu masih ada ganggu salauran pernafasan saya. Kali ni saya memang akui silap saya sebab saya yang degil tak pergi hospital masa tu lepas operation tu. Selama saya kat universiti saya selalu rasa nasib saya selalu malang. Dan baru-baru ni Doktor dapat kesan jangkitan kuman kat paru-paru saya. Dan ia boleh dikatakan serius sebab Dr boleh dengar dengan jelas bunyi kat bahagian paru-paru tu bahagian atas bawah. So 4 tempat dia skop dia boleh dengar. Setiap minggu saya kena ulang alik hospital.

Tapi ada satu perkara yang buat saya rasa semua ni terjadi. Saya tak tahu kalau ini dinamakan kifarah dosa lepas saya atau ujian Allah. Masa saya sekolah dulu saya selalu gaduh dengan cikgu-cikgu saya. Perangai buruk saya ni mula nampak ketara masa saya tingkatan 2. Walaupun saya perempuan tapi perangai macam apa tak tau. Saya ponteng kelas, kalau saya rasa nak belajar saya masuk kelas, kalau saya rasa nak ikut kawan ponteng ke malas belajar ke saya keluar dari kelas, saya hantar kertas jawapan periksa kosong bila saya gaduh dengan cikgu subjek tu, selalu kena panggil cikgu disiplin, tak buat kerja sekolah, macam-macam lagi la. Orang yang paling banyak sabar dengan saya, saya rasa warden saya la. Setiap kali masalah saya buat kat sekolah cikgu-cikgu akan mengadu kat dia sebab saya pelajar asrama. Cikgu-cikgu saya termasuk warden banyak kali nasihat saya ubah sikap sebab saya dulu sebab saya pelajar kelas pertama dari 8 kelas. Saya ingat lagi sampai sekarang setiap kali dia jumpa saya sebab saya buat masalah dia cakap Awak ni pandai tapi sayang perangai tu tak betul. Ubah perangai awak tu. Tapi saya tak pernah nak dengar cakap dorang. Yang keluar dari mulut saya minta maaf, janji tak buat lagi tapi tak lama lepas tu buat lagi. Saya rasa dorng pon da menyampah meluat dengan saya.

Tapi ada satu kejadian saya tak boleh lupa saya tak jawab exam trial SPM. 3 subjek saya tak jawab. Dan kes tu jadi sampai cikgu-cikgu lain pon tau. Siap ada yg cari kat asrama padahal saya fly balik rumah masa tu. Salah satu subjek trial SPM yg saya tak jawab tu Pendidikan Islam. Next class ustazah tu tengking saya depan pelajar lain dalam kelas pasal kes trial SPM tu. Dulu saya memang panas baran. Saya akan lawan balik ustazah tu. Sampai la saya kena campak kat kelas ustaz. Ustaz pulak baik tak garang. Lagi la ramai budak dalam kelas tu bising. Saya pon lagi suka bila masuk kelas ustaz sebab saya boleh tidur dan saya rasa kalau saya nak masuk kelas saya masuk. Kalau ta nak saya merayau. Bukan tu je saya suka buli sorang budak kelas saya. Dia tak ada dosa pada saya pun tapi tak tau kenapa saya yang suka kacau dia. Dan saya tak pernah minta maaf kat dia sampai sekarang. Bukan tu je masa kat asrama saya selalu jugak suruh-suruh junior saya. Kalau nak bagi tahu semua perangai saya masa sekolah memang tak habis. Dulu langsung saya tak fikir kesan dia.

Tapi lepas banyak masalah saya hadap sejak kat universiti ni saya mula belajar tentang kifarah Allah. dan sejak dari tu saya rasa semua benda yang jadi kat saya selama ni sebab balasan dosa saya dulu masa sekolah. Sekarang saya da mula wujud satu perasaan takut saya. Rasa tak tenang selagi tak minta maaf. Saya mula contact untuk minta maaf kepada beberapa cikgu yang pernah mengajar saya termasuk warden saya. Alhamdulillah mereka sangat baik dan maafkan saya. Ada antara mereka cakap Allah dah bagi hidayah untuk saya berubah. Inshaaallah cuti semester ni saya akan ke sekolah tebalkan muka dan rendahkan diri untuk ikhlaskan hati minta maaf kepada cikgu-cikgu tu. Tapi ada satu yang saya susah hati sebab kawan yang saya buli tu tak tau nak contact macam mana. Khabar berita pon tak tau. Tapi saya nak cari dia minta maaf sebab saya tahu saya banyak sakitkan hati dia.

Ok, cukup sampai sini sahaja confession saya. Saya cuma berharap urusan saya dipermudahkan jumpa cikgu-cikgu saya dan kawan kelas saya tu untuk minta maaf. Mungkin dengan cara ni hati saya boleh tenang dan Allah kurangkan kesakitan yang saya tanggung ni. Cuma saya agak kesal sebab saya tak sedar awal. Penyesalan datang lambat.

Nur (bukan nama sebenar)

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEqbBK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.