Manusia Penghukum
Assalamualaikum w.b.t.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita tertuduh kes mencabul dan kes mencuri (dua kes berbeza) yang dihukum oleh masyarakat sehingga mati. Tiada siapa akan tahu siapa yang benar-benar bersalah kerana orang yang mati tidak akan bangkit semula untuk mempertahankan dirinya sendiri. And theres always two sides (or more) of a story. Wallahualam.
Maka timbullah golongan yang menyalahkan sana sini. Seolah-olah kita ini kaya dengan sifat pemarah dan kebencian sehinggakan terkeluar doa-doa yang tidak sepatutnya seperti semoga keluarga kau pun kena macam apa yang kau buat ataupun cuba nanti anak kau pun kena pukul macam kau pukul budak tu. Jadi apa bezanya kita dengan si penghukum tersebut dengan doa-doa sebegini?
Tolonglah, kita tidak perlu menyebarkan kebencian dan keganasan sebegini. Dan perkara yang dah terjadi tidak boleh diubah kembali. Mereka yang memukul tetap bersalah kerana memukul, jadi biarlah undang-undang menghukum mereka. Mereka yang dituduh tetap tidak dapat membela diri sendiri, maka janganlah menuduh tanpa bukti. Tak perlu lah sampai mendoakan yang negatif kepada orang lain. Sikap menghukum dan menjatuhkan hukum sendiri inilah yang menyebabkan kita sentiasa rasa diri kita baik dan orang lain salah.
Didik diri kita untuk sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja. Doakan supaya Allah melindungi kita dan keluarga. Dan kalau kita seorang muslimin/muslimat yang sejati, kita sendiri tidak akan melakukan kejahatan. Maka berdoalah supaya kita terhindar dari fitnah dan juga tipu daya syaitan.
Kita bukanlah siapa-siapa untuk menghukum manusia. Takut apa yang kita hukum itu berbalik semula kepada diri kita. Biarlah pihak berkuasa yang menjalankan tugas, dan doakan yang baik-baik untuk mangsa, untuk tertuduh, dan untuk kita semua. Semoga keadilan menang akhirnya.
Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya. Untuk memberi peringatan kepada kita.
Sekian, dari saya yang tidak sukakan keganasan.
K
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCangj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment